Topic followed successfully
Go to BHkuKejadian aneh di Changi jadi nama kampung
Premium
Kejadian aneh di Changi jadi nama kampung
Bekas penduduk cerita bagaimana kampung dekat pantai Changi dan East Coast dapat nama
Mar 18, 2019 | 5:30 AM
Kejadian aneh di Changi jadi nama kampung
MASIH BERHUBUNGAN DENGAN ORANG KAMPUNG LAMA: Encik Muhayat dan isterinya, Cik Bedah Mahmood, sering mengadakan pertemuan dengan jiran lama apabila menghadiri kelas agama dan mengaji di Masjid Al-Taqua di Jalan Bilal, dekat Bedok. Ia antara masjid lama yang masih wujud di situ. - Foto BH oleh ISMAIL ALI -
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Minggu ini, BERITA HARIAN menyingkap kehidupan kampung di pantai timur Singapura di sekitar Changi dan bagaimana sesetengah kampung di kawasan itu mendapat nama yang unik. Laporan ISMAIL ALI (ismail@sph.com.sg).
BAGI datuk 15 cucu, Encik Muhayat Mohd Salleh, 81 tahun, ketenangan dan kehidupan semasa hidup dalam suasana kampung di Changi merupakan kenangan yang sudah terpahat dalam jiwa dan fikirannya.
