Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kekal bergaya meski dengan alat solek harga sederhana

Terdapat pelbagai pilihan alternatif di pasaran bagi mereka dengan bajet terhad
May 20, 2025 | 5:30 AM
Untuk pelajar dan yang mereka yang baru mula bekerja, terdapat banyak pilihan solekan mesra bajet menanti.
Untuk pelajar dan yang mereka yang baru mula bekerja, terdapat banyak pilihan solekan mesra bajet menanti. - Foto PIXABAY

Ramai yang pasti pernah melalui fasa remaja dengan ‘bajet’ terhad untuk berbelanja barangan mewah, sama ada pakaian, kasut, beg atau alat solek yang bukan daripada koleksi ibu.

Jika anda membesar bersama seorang kakak, mungkin anda sudah biasa melihat mereka berdandan dengan penuh gaya – mengenakan celak dan gincu sebelum keluar bekerja atau ke majlis pada waktu malam.

Segalanya dilakukan dengan produk kelas atasan yang hanya mampu dibayangkan menjadi milik sendiri.

Daripada produk tular seperti, Dior Addict Lip Glow Oil (pelembap bibir) hinggalah ke Hollywood Flawless Filter oleh Charlotte Tilbury, dunia solekan kian dibanjiri barangan mewah yang menjanjikan mutu yang baik.

Namun, kebanyakan produk itu mahal harganya dan di luar jangkauan pelajar dan mereka yang belum bekerja. 

Apatah lagi dengan TikTok dan Instagram kini berperanan seperti ‘kaunter’ solekan maya, trend boleh ‘meletup’ dalam sekelip mata.

Produk ‘dupe’ atau tiruan yang menawarkan alternatif turut jadi buruan. 

Namun, ada berita baik. Solekan yang hebat tidak semestinya mahal.

Bagi mahasiswi atau mereka yang baru memasuki pasaran kerja, usah risau.

Dalam edisi minggu ini, Inspo Gaya menyenaraikan pilihan alat solek ‘mesra bajet’ yang boleh didapati di Guardian atau Watsons di Singapura dan Malaysia. 

Solekan Asas

Untuk mendapatkan solekan asas yang licin dan sempurna, rahsianya bukan sekadar pada teknik. 

Pemilihan produk yang sesuai mengikut jenis kulit memainkan peranan yang jauh lebih penting.

Asas yang baik tidak semestinya mahal, tetapi ia perlu serasi dengan kulit.

Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pilihan terbaik adalah produk tanpa minyak, dengan tekstur ‘matte’ (tidak kilat) dan tahan lama, apatah lagi dalam cuaca lembap di Singapura.

Solekan asas, ‘Skintific Perfect Stay Velvet Matte Cushion Foundation’ ($23.80), menawarkan tekstur ‘matte’ semula jadi serta teknologi kawalan minyak, ‘Smart Oil Control’.
Solekan asas, ‘Skintific Perfect Stay Velvet Matte Cushion Foundation’ ($23.80), menawarkan tekstur ‘matte’ semula jadi serta teknologi kawalan minyak, ‘Smart Oil Control’. - Foto SKINTIFIC

Satu produk yang semakin mendapat perhatian pengguna di Malaysia dan kini mula mencuri tumpuan di Singapura ialah, Skintific Perfect Stay Velvet Matte Cushion Foundation. 

Produk itu digemari ramai kerana teksturnya yang licin dan tidak berkilat tetapi tetap nampak seperti kulit semula jadi.

Teknologi Smart Oil Control membantu mengelak muka kelihatan berminyak hingga 12 jam tanpa mengeringkan kulit. 

Diperkaya dengan antioksidan, niacinamide dan copper tripeptide, produk itu bukan sahaja menutup cela, malah membantu memperbaiki tekstur kulit dengan penggunaan secara tekal. 

Tambahan pula, ia ditawarkan dalam lapan pilihan rona warna daripada, Porcelain hingga Honey, sesuai untuk pelbagai rona kulit.

Sementara itym jika anda lebih gemarkan tekstur kelihatan lembap, L’Oréal True Match Foundation, merupakan pilihan sesuai untuk kulit kering atau jenis gabungan. 

Dirumus dengan asid hialuronik, ‘L’Oréal True Match Foundation’ ($32.90), ialah pilihan sesuai untuk kulit kering kerana ia memberi tekstur agar wajah kelihatan lembap dan tidak menonjolkan tompok kering.
Dirumus dengan asid hialuronik, ‘L’Oréal True Match Foundation’ ($32.90), ialah pilihan sesuai untuk kulit kering kerana ia memberi tekstur agar wajah kelihatan lembap dan tidak menonjolkan tompok kering. - Foto L’OREAL

Mengandungi asid hialuronik, solekan asas ini memberikan tekstur kelihatan lembap yang semula jadi tanpa menonjolkan bahagian kulit yang kering. 

Beralih kepada concealer atau bahan solek untuk menutup cela pula, Maybelline Instant Age Rewind, tetap menjadi pilihan ramai. 

Ringan dan mudah disapu semula, ‘Maybelline Instant Age Rewind Concealer’ ($19.90), tetap menjadi pilihan ramai untuk mencerahkan kawasan bawah mata.
Ringan dan mudah disapu semula, ‘Maybelline Instant Age Rewind Concealer’ ($19.90), tetap menjadi pilihan ramai untuk mencerahkan kawasan bawah mata. - Foto MAYBELLINE

Teksturnya ringan, berkrim dan mencerahkan kawasan bawah mata, menjadikannya sesuai untuk sapuan semula sepanjang hari. 

Penyamar noda, ‘Catrice Liquid Camouflage High Coverage Concealer’, ditawarkan pada harga $7.90.
Penyamar noda, ‘Catrice Liquid Camouflage High Coverage Concealer’, ditawarkan pada harga $7.90. - Foto WATSONS

Satu pilihan alternatif yang lebih menjimatkan ialah, Catrice Liquid Camouflage High Coverage Concealer.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan produk berasaskan krim pula, Wardah Cream Blush, berharga sekitar $8, mudah diratakan dan menghasilkan kemerahan semula jadi.

Dengan tekstur krim yang mudah diratakan, ‘Wardah Cream Blush’ ($8), menyerlahkan pipi dengan kemerahan semula jadi pada kulit.
Dengan tekstur krim yang mudah diratakan, ‘Wardah Cream Blush’ ($8), menyerlahkan pipi dengan kemerahan semula jadi pada kulit. - Foto WARDAH

Untuk menyerlahkan ciri-ciri wajah, Rimmel Natural Bronzer, ialah pilihan yang boleh dipercayai. 

Rimmel Natural Bronzer ($15.90), memberikan kesan penampilan ‘sun-kissed’ atau sawo matang tanpa rona jingga berlebihan, sesuai untuk menyerlahkan ciri-ciri wajah.
Rimmel Natural Bronzer ($15.90), memberikan kesan penampilan ‘sun-kissed’ atau sawo matang tanpa rona jingga berlebihan, sesuai untuk menyerlahkan ciri-ciri wajah. - Foto RIMMEL

Warnanya tidak terlalu jingga, mudah diratakan dan memberikan kesan kulit sun-kissed atau sawo matang tanpa perlu berjemur di bawah matahari.

Mata

Bagi solekan mata, rak kecantikan di Watsons dan Guardian sebenarnya penuh dengan pilihan sesuai.

Sama ada anda inginkan gaya lembut untuk hari biasa atau sesuatu yang lebih menonjol untuk acara malam, produk mata yang tepat boleh mengubah keseluruhan penampilan, tanpa pengguna perlu berbelanja besar.

Pembayang mata, ‘Judydoll Eyeshadow Palette’ ($17.90), menampilkan tekstur lembut dan warna yang mudah dicampur, dengan pilihan rona harian serta sapuan berkilau untuk acara istimewa.
Pembayang mata, ‘Judydoll Eyeshadow Palette’ ($17.90), menampilkan tekstur lembut dan warna yang mudah dicampur, dengan pilihan rona harian serta sapuan berkilau untuk acara istimewa. - Foto JUDYDOLL

Untuk pembayang mata, palet daripada Judydoll mungkin belum begitu dikenali ramai, tetapi produknya boleh memberi hasil yang memuaskan.

Teksturnya lembut seperti mentega, warnanya nyata dan mudah digunakan bersama alat solek lain.

Pilihan warnanya pula cukup pelbagai, daripada rona neutral untuk kegunaan harian hingga sapuan berkilau yang menyerlah, sesuai untuk menghadiri acara istimewa.  

Saiznya yang kompak juga menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana – bagi membetulkan solekan sepanjang hari.

Maskara, ‘Kiss Me Heroine Make Long & Curl Mascara’ ($22.50), menjadi kegemaran ramai kerana keupayaannya mengekalkan lentikan dan memanjangkan bulu mata sepanjang hari walaupun dalam cuaca lembap.
Maskara, ‘Kiss Me Heroine Make Long & Curl Mascara’ ($22.50), menjadi kegemaran ramai kerana keupayaannya mengekalkan lentikan dan memanjangkan bulu mata sepanjang hari walaupun dalam cuaca lembap. - Foto WATSONS

Buat maskara pula, Kiss Me Heroine Make Long & Curl Mascara, ialah antara produk yang popular dalam kalangan penggemar produk kecantikan di Asia. 

Ia mampu mengekalkan lentik bulu mata sepanjang hari, memberikan ilusi bulu mata panjang yang ketara dan tahan lama walaupun dalam keadaan panas, berpeluh atau mata berair. 

Dengan hujung berus yang halus, ‘Etude Drawing Show Brush Eyeliner’ ($14.90), memudahkan lukisan garisan mata yang tepat dan kekal sepanjang hari.
Dengan hujung berus yang halus, ‘Etude Drawing Show Brush Eyeliner’ ($14.90), memudahkan lukisan garisan mata yang tepat dan kekal sepanjang hari. - Foto ETUDE

Akhiri rutin solekan mata anda dengan Etude Drawing Show Brush Eyeliner.

Produk ini mampu memberikan sapuan halus dan warna hitam pekat untuk lukisan yang kekal sepanjang hari.

Sama ada anda gemarkan garisan runcing yang tajam atau hanya mahu sedikit definisi di garisan bulu mata, celak ini mudah dikawal dan mesra bagi pengguna baru.

Bibir

Tiada gaya yang lengkap tanpa sapuan warna pada bibir dengan gincu atau pelembap bibir berwarna.

Anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan rona yang menyerlah dan rumusan yang tahan lama.

Produk bibir, ‘Peripera Ink Mood Tint’ ($15.90), menghasilkan kesan bibir ‘kabur’ ala bintang Korea dengan tekstur ringan yang selesa dipakai.
Produk bibir, ‘Peripera Ink Mood Tint’ ($15.90), menghasilkan kesan bibir ‘kabur’ ala bintang Korea dengan tekstur ringan yang selesa dipakai. - Foto WATSONS

Jika anda gemar penampilan bibir berwarna lembut dan ‘kabur’ yang popular dalam kalangan peminat K-Beauty (trend kecantikan asal Korea) di TikTok, Ink Mood Tint oleh Peripera mungkin menjadi pilihan terbaik anda. 

Rumusannya ringan dengan tekstur ‘matte’ (tidak berkilat) yang selesa dipakai. 

Ia juga membantu menghasilkan kesan gradien yang kemas, manakala warnanya pula cukup menggoda, daripada rona neutral hinggalah ke warna batu karang (coral) yang segar dan ceria.

Produk bibir, ‘Rom&nd Juicy Lasting Tint’ ($7.70), menyerlahkan bibir dengan warna segar dan tekstur berkilau tanpa rasa melekit, sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Produk bibir, ‘Rom&nd Juicy Lasting Tint’ ($7.70), menyerlahkan bibir dengan warna segar dan tekstur berkilau tanpa rasa melekit, sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari. - Foto ROM&ND

Satu lagi jenama yang tidak kurang hebatnya ialah Rom&nd. 

Produk Juicy Lasting Tint menjadi kegemaran ramai kerana memberi kesan bibir berkilau dan segar tanpa rasa melekit seperti pelembap bibir biasa. 

Tahan lama, melembapkan dan mudah guna, tidak hairanlah produk ini laris di rak Watsons sama ada di Singapura mahupun Malaysia.

Jangan pula abaikan Etude. 

Mereka sudah lama dikenali dalam arena solekan bibir sebelum dunia mengenali istilah K-Beauty.

Untuk sapuan bibir yang tidak mudah pudar, ‘Etude Fixing Tint’ ($14.90), menawarkan kemasan tidak berkilat yang kekal cantik walaupun dipakai di bawah pelitup muka.
Untuk sapuan bibir yang tidak mudah pudar, ‘Etude Fixing Tint’ ($14.90), menawarkan kemasan tidak berkilat yang kekal cantik walaupun dipakai di bawah pelitup muka. - Foto ETUDE

Siri Fixing Tint menawarkan tekstur tidak berkilat yang tahan lama sepanjang hari, malah tidak mudah hilang walaupun dipakai di bawah pelitup muka. 

Sesuai untuk anda yang sibuk dan tidak sempat melakukan ‘touch-up’ antara kelas, tugasan harian atau sesi minum teh tarik lewat malam.

“Namun, kebanyakan produk itu mahal harganya dan di luar jangkauan pelajar dan mereka yang belum bekerja.  Apatah lagi dengan TikTok dan Instagram kini berperanan seperti ‘kaunter’ solekan maya, trend boleh ‘meletup’ dalam sekelip mata. Produk ‘dupe’ atau tiruan yang menawarkan alternatif turut jadi buruan. Namun, ada berita baik. Solekan yang hebat tidak semestinya mahal.”
Penulis.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg