Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Kekasih hati’ Indiana Jones menyepi kerana bangun butik fesyen

Jun 22, 2023 | 12:31 PM



Ke mana perginya pelakon Karen Allen yang membawa watak cinta hati pakar arkeologi Indiana Jones, Marion Ravenwood?

Allen, kini 71 tahun, yang bermula pada 1978 sebagai pelakon filem, Animal House dan kemudian lebih dikenali sebagai kekasih Jones dalam Raiders of the Lost Ark pada 1981 muncul semula dalam filem 2008, Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull.


Dalam filem berkenaan, wataknya Marion berkahwin dengan Indiana Jones.

Selepas itu, tiada yang mendengar kisah Allen hinggalah filem terkini, Indiana Jones and the Dial of Destiny, muncul tahun ini.


Laman The Things.Com melaporkan kehidupan Allen sebenarnya banyak berubah selepas 2008.

Meskipun membawa watak Marion dalam filem ‘pecah panggung’ Raiders of the Lost Ark menaikkan namanya, selepas itu, beliau menjayakan beberapa filem yang tidak begitu hit seperti Scrooged, The Sandlot dan The Perfect Storm.


Allen juga menjadi pelakon tamu dalam beberapa siri televisyen seperti Law & Order.


Bagaimanapun, selepas 2004, namanya lenyap dari Hollywood.

Menurut Allen, dirinya tidak berhenti berlakon. Portfolio seninya bahkan diperluaskan kerana minatnya terhadap rekaan fesyen dan tekstil membawanya membangun butik sendiri, Karen Allen Fiber Arts.

Butik di Great Barrington, Massachusetts, disambut baik dengan beliau mengetengahkan rangkaian fesyen peribadinya serta beberapa rekaan fesyen pereka di Amerika.

Hollywood tetap menjadi nadi pergerakan butiknya itu.

Beliau menjual topi, skarf, baju panas, selendang ‘shawl’ dan sarung tangan.

“Saya sukakan tekstil sejak kecil dan diajar mengait oleh nenek. Daripada situ, saya meneruskan pengajian saya di Institut Teknologi Fesyen di New York pada usia 17 tahun.

“Saya mengembara merata dunia untuk pelajari rekaan fesyen budaya berbeza. Inilah minat saya sebelum cinta pada lakonan bermula,” ujar Allen.

Pada 2002, Allen sambung belajar di Institut Teknologi Fesyen untuk memikirkan cara terbaik memasarkan pakaian yang dibuat daripada hasil kaitan. Koleksi pertamanya diperkenalkan pada 2005.

Mengenai penglibatannya dalam filem terkini Indiana Jones and the Dial of Destiny, Allen berkata:


“Walau kemunculan saya hanya seketika, ia bermakna. Saya rasa dihargai. Saya tidak pernah bayangkan watak Marion kembali dalam filem Indiana Jones. Saya rasa saya bertuah terlibat dalam francais filem yang terkenal ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >