Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kelab kembara wanita kongsi panduan ekspedisi

Jan 03, 2024 | 05:30 AM



Sebagai pengasas kelab kembara, Cik Hazleen Ahmad Panayiotou mengambil berat tentang keselamatan ahli-ahlinya.

Amazing Trekkers Club (ATC), yang ditubuhkannya sejak 2015, merupakan kelab pengembaraan dan pendakian gunung khusus untuk kaum Hawa, tidak kira bangsa, agama atau umur.

Selama lapan tahun, dengan bantuan wanita dalam rangkaian ATC, mereka telah membina dan memupuk kelab kecil tersebut.

Ia khusus untuk mewujudkan persekitaran dengan semangat pengembaraan dan persahabatan bagi menaikkan prestasi wanita dan memberi inspirasi kepada kesemua ahlinya.

Dengan pengalaman mendaki lebih 60 gunung, Cik Hazleen memberitahu Berita Harian (BH) langkah-langkah yang harus diambil bagi mempersiapkan diri untuk mengembara.


Menurutnya, antara beberapa langkah yang patut diambil bagi ekspedisi gunung yang pertama ialah dengan menyelidiki gunung.

Kumpulkan maklumat tentang gunung yang anda ingin daki, termasuk ketinggian, rupa bumi, corak cuaca dan sebarang cabaran atau risiko khusus berkaitan dengannya.

Di samping itu, berusahalah untuk bina kecergasan fizikal dan persediaan mental.

Libatkan diri dalam senaman kardiovaskular yang kerap seperti berlari atau berbasikal untuk membina daya tahan.

Gabungkan latihan kekuatan yang menyasarkan kaki, otot teras dan bahagian atas badan untuk meningkatkan kekuatan dan kestabilan keseluruhan.

Kembangkan daya tahan mental dengan membayangkan diri anda berjaya menyelesaikan pendakian.

Amalkan teknik kesedaran, pernafasan, memahami cara otak kita berhubung dengan tingkah laku dan emosi.

Ia dapat membantu menurunkan kadar tekanan ketika mengalami detik mencabar di atas gunung.

Buat jadual perjalanan secara terperinci, menggariskan matlamat setiap hari dengan anggaran masa yang diperlukan.

Pertimbangkan faktor seperti hari rehat, tapak perkhemahan yang sesuai, sumber air dan rancangan aspek kecemasan dan logistik.

Susun pengangkutan ke pangkalan gunung dan sebarang permit atau kebenaran yang diperlukan awal.

Biasakan diri dengan teknik pertolongan cemas asas di hutan.

Bawa peti pertolongan cemas yang lengkap dan tahu cara menggunakannya.

Jadilah doktor anda sendiri dan berikan tugas dan tanggungjawab dalam kes krisis atau kecemasan kepada ahli kumpulan yang berbeza.

Maklumkan kepada seseorang yang boleh dipercayai tentang rancangan pendakian anda, tarikh dan masa pulang serta maklumat berhubung kecemasan.

Ia penting untuk mengenal pasti kebolehan diri sendiri.

Walaupun telah mengambil langkah persediaan dari segi logistik dan kekuatan jasmani, Cik Hazleen menasihatkan pendaki supaya ‘dengar kata badan sendiri’, tanpa cuba mengikut kemampuan atau kelajuan ahli lain kerana kebolehan masing-masing berbeza.

Menjelaskan tentang pentingnya mewujudkan ruang selamat untuk wanita, Cik Hazleen berkata:

“Ruang yang terhad untuk wanita boleh memperkasa mereka dengan menyediakan persekitaran di mana mereka berasa selesa untuk mengambil risiko dan mencuba perkara baru tanpa rasa segan atau gentar.

“Sesetengah wanita mungkin berasa lebih selamat dan selesa dalam persekitaran tanpa lelaki, terutama apabila melakukan kegiatan fizikal seperti trekking di mana mereka mungkin lebih terdedah dan mudah terjejas dari segi emosi.”


Ahli kelab mengembara wanita yang lebih berpengalaman juga dapat memberi bimbingan dan dorongan kepada ahli yang lebih muda atau kurang berpengalaman.

Oleh kerana mereka mempunyai latar belakang berbeza, ia juga membuka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan membina rangkaian antara wanita.

Iltizam Cik Hazleen terhadap memperkasakan wanita menjadikannya contoh kepada wanita-wanita lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >