WALAUPUN kerjaya dalam bidang lakonan sudah mendarah daging dalam dirinya dan isteri, Aminah Ahmad, pelakon veteran J.A. Halim tidak pernah menggalakkan anak-anaknya agar mengikut jejak langkahnya.

Namun, sudah menjadi suratan darah seni itu begitu deras mengalir sehingga dua anaknya, Nina Halim dan Helmindra, turut berkecimpung dalam bidang seni televisyen.