DUNIA lasak dan tegas tentera Pasukan Khas Elit di Russia mungkin tampak jauh beza bak langit dengan bumi jika dibandingkan dengan dunia tarian balet.

Namun, itulah peralihan yang perlu dilalui pengasas dan pengarah kumpulan teater balet St Petersburg, Konstantin Tachkin, 49 tahun, demi cinta budaya dan seni.