Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemajuan sosial inspirasi Karya Azpirasi

Aug 16, 2018 | 5:30 AM
GAPAI MASA DEPAN: Encik Azmi bersama anak didiknya bakal menonjolkan semangat juang anak watan dalam 'Pecahnya Kampung, Teguhnya Bata'. - Foto AZPIRASI
GAPAI MASA DEPAN: Encik Azmi bersama anak didiknya bakal menonjolkan semangat juang anak watan dalam 'Pecahnya Kampung, Teguhnya Bata'. - Foto AZPIRASI -

SEBUAH dokumentasi sosial mengenai pembangunan masyarakat Singapura - daripada zaman penjajahan kepada era moden masa kini.

Itulah yang akan digambarkan dalam persembahan teater tari kontemporari kumpulan Azpirasi bulan depan.

Pementasan sempena projek Karya 2018 itu berjudul Pecahnya Kampung, Teguhnya Bata akan diadakan di Kelab Masyarakat (CC) Yew Tee pada 15 September ini.

Menurut jurucakap projek Siti Aisyah Kamin, persembahan ialah padanan kajian siswazah Universiti Nasional Singapura (NUS), Liyana Nasyita Shukarman.

"Proses persembahan akan menonjolkan semangat perjuangan anak watan yang rasa tersisih. Cabaran yang dihadapi golongan perintis semasa peralihan rumah kampung ke flat turut dijadikan pencetus idea yang bakal disampaikan," katanya.

Semangat kampung yang kian luntur dan bagaimana golongan muda menghadapi perubahan sewaktu berkawan dengan penutupan sekolah Melayu, Tamil dan Cina juga akan disampaikan dengan penuh simbolik menerusi gerak tari kontemporari.

"Debaran cerita yang menggambarkan pembangunan negara dengan, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa ekonomi dibayangkan dengan gerak kreatif dan iringan gendang dramatik.

"Karya 2018 mencetus persoalan tentang kewajaran dan keperluan menimbus yang lama bagi memperkasa yang baru," ujarnya.

Pengarah kreatif Azpirasi, Encik Azmi Juhari, serta lapan pereka tari muda bimbingannya dijangka menghasilkan rekaan ilham karya penulis Singapura seperti Dr Hadijah Rahmat, Dr Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz, Encik Isa Kamari, Encik Mohd Latiff Mohd dan Encik Rafaat Hamzah.

Pecahnya Kampung, Teguhnya Bata akan berlangsung 3 petang dan 8 malam pada Sabtu 15 September ini.

Tiket berharga $20 boleh ditempah dengan mengimbas kod QR. Dapatkan kod QR tersebut dengan mengirimkan e-mel ke alamat azpirasi@gmail.com atau hubungi Siti Ayuni di talian 9821-4946 atau Afiqah Azmi 8163-6910.

Anda boleh juga melayari laman www.bitly.com/karya2018.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg