Kematian isteri cetus bait lirik Salleh Nanang
Premium
Kematian isteri cetus bait lirik Salleh Nanang
Kehilangan tunggak kehidupan dan penyeri rumah tangga iaitu seorang isteri yang penyayang pastinya membawa kekosongan dalam jiwa sang suami. Dua ikon dalam bidang masing-masing yang kebetulan ditinggalkan isteri masing-masing dek penyakit kronik yang melanda bergabung tenaga bagi mengilhamkan lagu baru, 'Tak Kembali'. BERITA HARIAN melaporkan kisah penyanyi legenda 1970-an, J. Mizan yang kembali ke persada seni berbekalkan lagu ciptaan jurulatih sepak takraw, Salleh Nanang.
Dec 11, 2020 | 5:30 AM
Kematian isteri cetus bait lirik Salleh Nanang
DARI GELANGGANG TAKRAW KE ARENA MUZIK: Mantan jurulatih skuad nasional sepak takraw di Singapura, Salleh Nanang (kiri) mencipta lagu dan menulis lirik 'Tak Kembali' sebagai memperingati arwah isterinya. Bersamanya ialah pemuzik rok, Shafiq Kamis, yang membantu menyusun semula irama lagu ini. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
GELANGGANG sepak takraw merupakan ruang yang menampilkan kepakaran Salleh Nanang sebagai jurulatih.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mantan jurulatih skuad sepak takraw nasional berusia 59 tahun ini juga berbakat mencipta lagu dan menulis lirik.

