Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Kembalilah’ rai cinta, harapan Jaclyn Victor

Juara ‘Gegar Vaganza 9’ kembara ke New York seorang diri untuk kota impian dua komposer Malaysia
Jun 30, 2023 | 10:34 AM



Dalam tempoh hampir 20 tahun, juara Gegar Vaganza 9 (GV9) yang sebelum ini merupakan Malaysian Idol pertama, Jaclyn Victor, pastinya sudah mendendangkan lagu inspirasi Gemilang beribu-ribu kali.


Lagu kemenangan Jaclyn, 44 tahun, di pentas Malaysian Idol itu ibarat lagu Whitney Houston, One Moment In Time, yang cukup mencetus inspirasi buat ramai yang memerlukan irama pembangkit semangat.


Malahan, beliau yang ditemui Berita Harian di Kampus Mediacorp bagi acara Pesta Perdana 2023 baru-baru ini akur setiap kali mendendangkan lagu itu, bunyi dan cara penyampaiannya berbeza tanpa dirancang.


Ini diakui sendiri oleh rakan gandingannya pada malam Pesta Perdana, Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah.


Kata Jaclyn, ibu dua anak kecil:

“Saya memang dah beribu kali agaknya nyanyikan lagu ini. Tapi saya tak jelak. Saya suka sangat dengan Gemilang. Taufik bahkan kata, ‘Mengapa aku dengar setiap kali kau nyanyi lagu ni, lain aja bunyinya!’


“Aubrey Suwito sebagai pencipta lagu ini memang faham akan diri saya dan mencoraknya sehinggakan saya rasa saya boleh bawa lagu ini ke mana-mana sahaja yang saya hendak. Suasananya akan tetap berbeza setiap kali saya mendendangkan lagu ini.

“Pejam celik dah 20 tahun pun ia menjadi lagu pembangkit semangat untuk saya dan orang lain.”

Kini, Jaclyn muncul dengan single terkini Kembalilah yang diharap dapat menjadi lagu yang meraikan cinta dan harapan serta memberi kesan kepada pendengar.


Ia merupakan ciptaan bersama karyawan muzik Malaysia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Gerald Sellan dan Adrian Puan.

Setelah berfikir berkali-kali perlukah beliau rebut peluang keemasan ini untuk terbang ke New York seorang diri bagi merakam lagu tersebut, dengan sokongan ibunya, Jaclyn pun melangkahkan kakinya ke Amerika.

“Sebenarnya dah lama juga dua sahabat saya ini bertanya jika saya sudi nyanyikan lagu mereka. Saya fikir berkali-kali sebab nak bikin lagu ni bukan dekat. Saya perlu merantau jauh dan meninggalkan anak-anak saya.

“Selepas berbincang dengan ibu dan beliau beri restu, saya pun pergi dan mendapati segalanya berjalan lancar dan Tuhan atur cantik rakaman ini.

“Ia adalah lagu yang membawa pesan dan kesan spiritual, harapan, cinta abadi, peluang kedua dan kelahiran semula. Menghayati liriknya yang dalam, saya rasa begitu terkesan dengan lagu ini.

“Iramanya mendayu-dayu mempesona. Intonasi lagu ini tinggi sampai ke langit. Biasalah orang selalu nakkan Jaclyn nyanyi lagu dengan nota tinggi. Liriknya pun banyak pengertian dalam perjalanan seni dan hidup saya, mencari diri. Ia lagu yang terhasil 10 tahun lamanya.

“Penciptanya menyatakan mereka dapat sampai ke Amerika kerana lagu ini yang digunakan sebagai bahan peraduan. Jadi saya rasa memang lagu ini istimewa,” tambah Jaclyn tentang lagu pertama yang diterbitkan di bawah labelnya sendiri, Rag Doll Records, dan diedarkan oleh Believe.

Sesudah memenangi GV9, Jaclyn percaya pencarian ilmu sebagai anak seni tidak akan terhenti.

“Mula-mula, memang saya tak mahu dengar pun pelawaan masuk GV9. Sebab saya fikir saya tak tergolong dalam bakat yang menyepi sebab ada juga bikin lagu dan terlibat dalam projek muzik.

“Apabila Datuk Ramli MS sebagai ketua juri datang untuk menjelaskan segalanya, saya mula terfikir. Tok Ram nasihati saya, anggap pentas GV9 sebagai ruang untuk saya buat apa sahaja dan berkarya dalam konsert mingguan dengan kebebasan diberi untuk saya ketengahkan idea susunan lagu bagaimana yang saya nakkan atau persembahan bagaimana sesuai untuk saya ketengahkan.

“Semua peserta bagus dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Tak semestinya saya dah bertahun menyanyi, saya tahu semuanya. Ia adalah pengalaman baru untuk saya terus belajar dan buktikan kemampuan saya.

“Rugi kalau saya tak masuk GV9. Ia mengubah kerjaya saya. Orang tahu Jaclyn Victor masih wujud kalau ada yang rasa saya macam senyap atau sendu. Kami dalam GV9 pun rapat ibarat keluarga besar. Masih lagi berhubung dengan satu sama lain. Saya ke Singapura pun sempat jumpa Hazrul Nizam. Kami semua saling menyokong dan memahami perjalanan seni yang mencabar,” tambah Jaclyn.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >