Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

kaki jalan

‘Kembara Korban’ penyanyi dan usahawan muda ke Aceh cetus kesedaran

Afrah Athasha Aman Shah terdorong usahakan misi kebajikan ke Afrika dan Yaman susuli lawatan sulung bantu penduduk desa
Jul 09, 2023 | 05:30 AM



Kehilangan bapa dan neneknya tahun lalu merupakan kehilangan besar buat penyanyi dan pemilik usaha niaga minuman ‘bubble-tea’ jenama Habibtea, Afrah Athasha Aman Shah.

Namun, melalui pengalaman pahit itu, Afrah meraih kebijaksanaan dan kekuatan demi menyumbang semula hasil titik peluhnya meniaga kepada penduduk Aceh semasa sambutan Hari Raya Haji lalu dengan mengadakan inisiatif mengumpul dana demi kebajikan yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Dana sebanyak $3,200 itu kemudian digunakan untuk menjalankan ibadah korban melibatkan 27 ekor kambing dan 10 ekor lembu.

Seramai 553 penduduk kampung dan kawasan di Arongan, Aceh Barat, Kuala-Batee, Ma’had Ibn Sina, barat daya Aceh Nagan Raya dan Masjid Hidayatul Diniyyah dapat diringankan bebannya dengan pengagihan daging korban ini.

Kenangan berkunjung ke Aceh yang pernah dilanda badai tsunami pada 2004 itu terpahat dalam ingatan Afrah sampai bila-bila.

“Habibtea adalah perniagaan pertama saya yang bermula pada 2020. Justeru, saya memutuskan bahawa ia lebih bermakna untuk mengadakan kutipan dana tahun ini untuk Hari Raya Haji,” tambah Afrah atau nama pentasnya Zalelo, 25 tahun.

Beliau bekerjasama dengan badan tidak mengaut untung, Global Ehsan Relief.

Hasil jualan minuman tropika istimewa dengan mangga dan pic serta boba perisa buah markisa sebagai hiasan yang berharga $8 kesemuanya disalurkan bagi projek korban itu.

“Projek ini dihasilkan pada saat akhir di mana kami turut mengadakan sesi foto dan mencetak pelekat supaya ia dapat diuar-uarkan di media sosial kami tepat pada masanya.

“Saya memberi pilihan kepada pelanggan saya sama ada mereka ingin membeli minuman itu atau menderma wang sahaja. Apa yang mengejutkan bagi saya ialah jumlah kutipan derma yang amat menggalakkan,” katanya.

Menurut Afrah, beliau pada mulanya bimbang tidak dapat mengumpulkan $3,000, iaitu kuota yang perlu diperolehnya untuk pergi ke Aceh bagi kembara korban tersebut.

Oleh itu, Afrah turut berasa lega kerana berjaya mencapai jumlah yang disasarkan dalam tempoh lima hari.

Setibanya di Aceh sehari sebelum Hari Raya Haji, Afrah terharu apabila bertemu dengan penduduk setempat yang membuatkannya berasa selesa.

“Saya dan penduduk setempat bergegas beratur untuk bersolat di masjid, namun keadaan pada masa itu terlalu sesak.

“Kami akhirnya solat di padang terbuka dan yang mengejutkan saya, suasana nyaman dan padang yang dijejaki terasa amat sejuk. Ia sememangnya satu permulaan yang baik sebelum kita mulakan ibadah korban,” tambahnya.

Ini merupakan kali pertama Afrah menyaksikan upacara korban diadakan kerana sebelum ini beliau takut dan sedih melihat haiwan disembelih.

“Penduduk kampung sangat pantas melakukan penyembelihan. Ia adalah satu pengalaman yang penuh emosi apabila mereka teruja ketika menerima daging. Kerana di kota kosmopolitan Singapura, ramai yang sudah biasa dengan kemewahan dan kesenangan. Saya tidak tahu bahawa daging korban sangat berharga untuk mereka.

“Sebabnya, mereka hanya boleh makan daging sekali atau dua kali dalam setahun dan kebanyakan masa, mereka hanya makan ikan dan kadangkala ayam,” tambahnya sambil berkongsi bahawa kebanyakan penduduk mewah di Singapura memandang remeh pengertian usah membazir makanan.

“Selain daripada korban, sebahagian besar hasil sumbangan pelanggan Habibtea disalurkan kepada seorang ibu tunggal berusia 32 tahun yang kehilangan suaminya dua tahun lalu.

“Apabila saya melawat rumahnya, ia kelihatan lebih baik daripada rumah lain yang pernah saya lawati. Dengan jumlah wang itu, ibu tunggal ini dapat membeli peti sejuk, yang kini membolehkannya membeli dan menyimpan ikan dan sayur-sayuran.

“Saya pada mulanya tidak memberitahunya bahawa saya adalah salah seorang penderma. Selepas memeluknya, saya kemudian mendedahkan bahawa saya adalah penderma. Kami kemudian menangis bersama,” kongsi Afrah yang juga merupakan anak penyanyi popular era 1980-an, Aman Shah.

Pengalaman mengubah hidup itu telah membuka mata dan takrifan peribadinya lantas memberikan motivasi kepada Afrah untuk melibatkan diri dalam lebih banyak projek amal di negara seperti Afrika dan Yaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >