Menanti detik 12 malam pada 1 Januari 2025, yang merupakan petanda Tahun Baru adalah acara yang dinanti dan dirai sebilangan penduduk di merata dunia, termasuk Singapura.

Seperti tahun-tahun sudah, acara sambutan Tahun Baru diadakan pada skala besar-besaran, tetapi kali ini, Let’s Celebrate 2025, berlangsung pada 31 Disember di OCBC Square, Hab Sukan Singapura.