Kenal rapat Kak Lina Pom Pom, Suhaimi Yusof, Ustaz Hannan Hassan di cruise ‘healing’ BH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kenal rapat Kak Lina Pom Pom, Suhaimi Yusof, Ustaz Hannan Hassan di cruise ‘healing’ BH

Jan 21, 2026 | 11:47 AM

Kenal rapat Kak Lina Pom Pom, Suhaimi Yusof, Ustaz Hannan Hassan di cruise ‘healing’ BH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pelayaran, BH, Melaka, healing, kak lina pom pom, suhaimi yusof
‘Cruise healing’ akan berlangsung selama tiga hari dua malam, dari 26 hingga 28 April 2026 menggunakan kapal persiaran Genting Dream. - Foto BH

Pelayaran istimewa dari Singapura ke Melaka anjuran Berita Harian (BH) menjanjikan bukan sahaja persiaran yang menenangkan, malah peluang mendalami kisah jatuh bangun personaliti popular yang turut serta.

Perjalanan ‘healing’ selama tiga hari dua malam, dari 26 hingga 28 April 2026, akan berlayar dengan kapal persiaran Genting Dream.

Antaranya, Elly Mazlein, penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak Malaysia, mesra disapa ‘Kak Lina Pom Pom’, bakal berkongsi cabaran hidup yang diatasi.

“InsyaAllah antara aktiviti bersama Kak Lina adalah sesi berkongsi pengalaman jatuh bangun sebagai anak seni yang sedikit sebanyak boleh menjadikan sumber inspirasi dan motivasi buat kita semua.

“Dan di sebelah malam pula Kak Lina akan menghiburkan para penumpang dengan dua buah lagu di samping gelak ketawa santai bagi menceriakan suasana sepanjang ‘cruise’,” kata Elly.

Beliau akan digandingkan bersama personaliti tempatan popular, Suhaimi Yusof.

Mengajak pembaca BH menyertai, Suhaimi berkata:

“Ini bukan setakat melancong, ini adalah usaha merapatkan ikatan kekeluargaan. Bayangkan tiga hari kita bersama dalam kapal yang penuh dengan kemudahan dan keselesaan? Lepas itu bergabung pula dengan keluarga-keluarga lain. Dua perkataan bagi menggambarkan perasaan selepas kembara bersama - puas hati.”

Turut hadir memberi bimbingan kerohanian ialah mantan Timbalan Mufti, Ustaz Hannan Hassan, yang akan memimpin doa, solat jemaah di bawah langit malam serta memberi ceramah yang bertujuan membangkitkan semangat peserta.

Genting Dream akan berlabuh berhampiran bandar Melaka yang menawarkan pemandangan indah landskap dan pantai sekeliling.

Penumpang yang turun akan menikmati perjalanan singkat menaiki bot tender melalui Sungai Melaka ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Dari situ, penumpang hanya perlu berjalan dalam 15 minit untuk ke nadi Melaka, Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang menampilkan bangunan kolonial merah Dutch Square, dan Jonker Street, syurga membeli-belah, makanan dan hiburan.

Harga bermula dari $299 seorang bagi bilik ‘Interior Stateroom’ yang dikongsi dua orang.

Bagi pemegang kad DBS/POSB, terdapat diskaun tambahan sebanyak 5 peratus, menggunakan kod DBS5.

Mereka yang berminat boleh menempah menerusi laman www.stardreamcruises.com atau menghubungi Dream Cruises di talian 800 852 8188.

ATUR CARA

Hari pertama:

- Sesi kenal suai oleh Suhaimi Yusof dan Kak Lina Pom Pom setelah makan malam
- Solat isyak berjemaah dan sesi renungan bersama Ustaz Hannan Hassan di bawah bintang

Hari Kedua:

- Solat subuh berjemaah dan sesi renungan diri bersama Ustaz Hannan Hassan
- Jalan-jalan di sekitar Melaka bersama Kak Lina Pom Pom, Suhaimi Yusof dan Ustaz Hannan Hassan
- Sesi dari hati ke hati setelah makan malam dan dendangan lagu oleh Kak Lina Pom Pom
- Sesi permainan secara berkumpulan

Hari Ketiga

- Solat subuh berjemaah bersama Ustaz Hannan Hassan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg