Kenangan zaman kanak-kanak jadi corak kerja seni tentang ruang
Premium
Kenangan zaman kanak-kanak jadi corak kerja seni tentang ruang
Feb 5, 2019 | 5:30 AM
EKSPERIMEN DENGAN RUANG: Seniman muda, Encik Faris Nakamura, mengetengahkan takrifan peribadinya tentang ruang berdasarkan pengalaman berkongsi ruang dengan adik-beradiknya, mahupun mendengar nasihat ayah sewaktu kecil dalam pameran solonya di balai seni Richard Koh Fine Art di Gillman Barracks. - Foto BH oleh SITI NURASHIKA MOHD ALI -
KENANGAN seniman muda tempatan, Encik Faris Nakamura, menerawang pada zaman kanak-kanaknya di mana beliau perlu berkongsi ruang sempit bersama adik-beradiknya tanpa ada ruang peribadi.
Peristiwa belajar di kolong blok sambil memerhatikan pekerja asing menggunakan ruang awam yang sama turut menjadi bahan penerokaan seni ruang dalam pameran solo pertamanya di balai seni Richard Koh Fine Art (Singapore) di Gillman Barracks, baru-baru ini.

