PASANG SURUT EMOSI: Sani Hussin dan Nurul Akhmar Elias bergandingan sebagai suami isteri buat kali pertama, sesuatu yang memerlukan mereka mengharungi pergolakan emosi pasangan yang diancam kesibukan kerjaya dan isu keguguran anak. - Foto KHALID BABA -
SUAMI TAKUT ISTERI: Jeff Catz menjayakan watak sebagai Sulaiman yang berkahwin buat kali kedua dengan Nina (lakonan Adlina Adil) yang tiada sifat keibuan. - Foto KHALID BABA -

MESKIPUN sudah menggenggam piala Pelakon Lelaki Terbaik bagi Watak Pembantu di Anugerah Televisyen Asia (ATA) tahun lalu, Jeff Catz tidak sedikit pun mendambakan peranan hero dalam drama setempat.
Menyedari kekuatannya ialah dalam menjayakan watak pembantu khususnya antagonis yang penuh muslihat, Jeff selesa dengan setiap tawaran yang diterima kerana merasakan "sudah menjadi rezeki yang disyukuri".