Kerjaya filem klasik singkat tapi penuh makna bagi K. Fatimah
Premium
Kerjaya filem klasik singkat tapi penuh makna bagi K. Fatimah
Kongsi kenangan jalin persahabatan dengan rakan pelakon seangkatan era Studio Jalan Ampas
Apr 18, 2019 | 5:30 AM
MESKIPUN hanya memainkan peranan pembantu dalam filem-filem Melayu klasik era P. Ramlee, nama seniwati K.Fatimah 'melekat' di fikiran ramai dek beberapa watak yang dihidupkan secara berkesan.
Orang akan mengingati pelakon manis ini sebagai Norsiah, isteri Ali Baba (dalam filem Ali Baba Bujang Lapok) yang kerapkali kelihatan sibuk menguli roti.

