Prihatin pada pesakit cilik buka hati kerani jadi jururawat
Premium
Prihatin pada pesakit cilik buka hati kerani jadi jururawat
Bertukar kerjaya suatu perkara yang berlaku di mana sahaja dan dalam apa jua industri; tidak terkecuali mereka yang beralih kepada kerjaya kejururawatan. GAH! menemu ramah dua daripada mereka untuk mendapatkan sebab di sebalik pemilihan mereka menyertai bidang penjagaan kesihatan selepas bertahun-tahun selesa dengan pekerjaan lama mereka. Laporan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg).
Sep 7, 2016 | 5:30 AM

IMPIAN JADI NYATA: Itulah perasaan Cik Noor Azlinah tatkala permohonannya menjadi jururawat direstui suaminya. Kini jururawat staf kanan ini berhasrat mempertingkat dirinya dalam bidang kejururawatan. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
SETIAP kali melihat masalah kesihatan yang dihadapi kanakkanak, hati Cik Noor Azlinah Mohamed pasti tersentuh.
Pelbagai perkara menjadi keprihatinannya ketika beliau bekerja sebagai kerani kanan yang membantu mendaftarkan nama pesakit kanak-kanak yang dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

