Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kes anak Shah Rukh kecohkan India sehingga timbul soalan apakah Bollywood huru-hara kerana dadah?

Oct 30, 2021 | 10:00 PM



NEW DELHI: Kes dadah melibatkan Aryan Khan, anak bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan yang berusia 23 tahun, menguasai tajuk berita di India dan mencetus perbalahan tentang apa sahaja melibatkan undang-undang dadah, agensi penyiasat dadah hinggalah anak selebriti.



Ada juga yang mempercayai perkara ini telah mendedahkan kegagalan jalur dalam masyarakat India, lapor akhbar The Straits Times.



Aryan yang sebelum ini tidak kedengaran kisah kehidupan peribadinya membuat ramai teruja ingin tahu tentang siapa dirinya yang sebenar setelah ditangkap pada 2 Oktober sewaktu satu serbuan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) menyusuli maklumat yang dikongsi tentang dadah di atas kapal pesiaran yang dijadualkan berlepas dari Mumbai ke kota Goa.



Tiada dadah ditemui pada Aryan tetapi dia didakwa NCB di atas pelbagai kesalahan berkaitan dengan pemilikan, pengambilan dan penjualan bahan haram, kesemuanya yang membawa pada hukuman penjara maksimum sebanyak 20 tahun di bawah Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS). Pengambilan dadah atau pemilikannya adalah kesalahan jenayah di India.



NCB menemui 6 gram kanabis pada rakannya, Arbaaz Merchant.



Kedua-duanya diberi ikat jamin pada Khamis (28 Oktober) tetapi pengamatan mahkamah rendah bahawa Khan menyedari bahawa dadah pada Merchant membawa pada perdebatan hangat tentang NCB yang bertindak berlebihan, peranan pihak kehakiman rendah dan sama ada anak selebriti digunakan bagi menunjukkan contoh yang baik.



NDPS tentunya menarik hukuman tegas dan kerana itu, mutu bukti yang diperlukan berada pada peringkat lebih tinggi. Dalam kes ini, pihak pendakwa berkata tiada yang ditemui pada Khan dan hanya bahan 6 gram ada pada temannya. Justeru, paling banyak pun, ia adalah kes pengambilan dadah.



Pihak undang-undang membezakan antara pelanggan, pembekal, penjana atau pengeluar. Pengambil dadah ini sepatutnya adalah mangsanya, kata peguam Mahkamah Agung, Cik Shilpi Jain.



Khan dibebaskan daripada penjara di Mumbai pada pagi Sabtu.



Di bawah undang-undang itu, penagih boleh mendapatkan keimunan dengan sukarela ingin menjalani rawatan pemulihan.



"Apa yang nampaknya berlaku adalah kes ini di bawah tumpuan media dan agensi siasatan yang menjadikannya lebih wajar untuk ditekankan pemberkasan Aryan. Ia nampaknya membangkitkan pihak yang biasanya tidak begitu ambil kisah. Ia seperti kisah filem Hindustan," tambah Cik Jain.



Dua saksi yang digunakan NCB dalam kes ini juga bagai tidak melaksanakan yang sewajarnya. Salah seorang daripada mereka merakam 'selfie' dengan Khan sehingga ia tular dan kepopularan yang dikecapi membawa pada polis mengetahui bahawa dia diburu bagi satu kes penipuan.



Saksi kedua pula menuduh penyiasat NCB cuba memerah ugut 250 juta rupee ($4.5 juta) daripada Shah Rukh Khan, membawa pada siasatan terhadap penyiasat utama NCB, Sameer Wankhede, yang menafikan tuduhan itu dan berkata beliau dan keluarganya diganggu kini.



Cik Jain berkata kes ini juga berbaur politik. Pegawai NCB yang terlibat dalam kes ini adalah di bawah pemerintah bersekutu di bawah pimpinan Parti Bharatiya Janata dan pemerintah kota Maharashtra, sedang kes ini berlaku di Mumbai, yang berada di bawah kepimpinan parti pesaing, Shiv Sena.



Komposer muzik Vishal Dadlani mengirim ciapan 'Twitter' bahawa keluarga Khan digunakan sebagai sasaran untuk mengalihkan tumpuan daripada kes dadah besar di pelabuhan Mundra di Gujarat. Sekitar 3,000 kilogram heroin dirampas daripada kapal pada 13 September dan kes ini tidak begitu mendapat perhatian media berbanding kes Aryan Khan.



Di media sosial, warganet berkata ini adalah kes yang mengetengahkan anak bintang Bollywood yang kaya dan beruntung.



Ada pula yang kata kerana Khan adalah seorang Muslim, terdapat isu keagamaan yang berkait dengan penangkapannya.



Satu soalan yang timbul adalah apakah Bollywood mempunyai masalah dadah? Industri filem ini menjadi tumpuan sejak pelakon Sushant Singh Rajput membunuh diri tahun lalu. Peminat mempercayai beliau dibunuh sedang NCB memburu temanitanya, pelakon Rhea Chakraborty kerana mendapatkan bekalan dadah buatnya.



Kes ini nampaknya mula tidak dipedulikan media sejak Chakraborty ditawarkan ikat jamin. Namun, beberapa selebriti lain termasuk Deepika Padukone dan Ananya Pandey, disoal siasat NCB baru-baru ini.



"Sejak kes Sushant Singh Rajput, Bollywood telah dilihat sebagai berantakan dan tidak tentu arah. Mereka dikecam," kata pakar sosiologi, Encik Shiv Viswanathan.



Katanya lagi: "Tapi kes Aryan Khan ini menjadi satu keadaan menyedihkan."



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >