BARAH berlaku apabila sel-sel biasa hilang isyarat untuk terus tumbuh.
Justeru sel-sel barah itu akan tumbuh dengan pesat dalam keadaan tidak terkawal.
Dan apabila ini berlaku, ia boleh menjejas fungsi organ dari mana ia bermula atau merebak menerusi aliran darah atau saluran limpatik ke organ lain.
Menyatakan demikian, Profesor Madya Tan Su-Ming, yang merupakan Konsultan Kanan dan Pengarah Pusat Buah Dada Hospital Besar Changi (CGH), berkata insiden barah buah dada di Singapura tidak begitu tinggi seperti penduduk negara Barat.
"Tapi ia telah bertambah perlahan dan kekal sebagai barah paling kerap berlaku ke atas wanita di Singapura.
"Ia juga penyebab utama kematian barah di Singapura," katanya dalam e-mel kepada wartawan.
Di CGH sahaja, pusat yang sudah berusia 10 tahun itu telah melihat pertambahan pesakit barah buah dada yang baru dikesan setiap tahun, dedah beliau.
Dianggarkan pusat tersebut dikunjungi sekitar 300 pesakit buah dada baru setahun.
Sepanjang 40 tahun lalu, insiden barah buah dada di Singapura telah bertambah lebih seganda - daripada 25 kepada 65 bagi setiap 100,000 wanita, katanya lagi sambil memetik sumber Pendaftaran Barah Singapura 2015.
Risiko menghidap barah buah dada di Singapura adalah pada kadar 6.45 peratus, bermakna seorang daripada setiap 16 wanita akan menghidapnya menjelang usia 75 tahun (sumber daripada Pendaftaran Pejabat Penyakit Nasional 2012).
Dr Tan menambah bahawa insiden barah buah dada mula bertambah pada usia 40 tahun.
Ia merupakan penyakit paling kerap berlaku bagi mereka yang berusia antara lewat 50-an tahun dengan 70-an tahun.
"Sedang usia meningkat, terdapat kekurangan dalam kemampuan sel-sel normal untuk "diperbaiki" dan tumbuh secara normal, justeru menjadikan barah lebih biasa berlaku dalam kalangan mereka yang berusia lebih senja," katanya.
Memberi nasihatnya tentang cara mengurangkan risiko barah buah dadah, Dr Tan menjelaskan agar kaum Hawa:
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg