Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kes rampasan dadah di kapal persiaran Mumbai: Anak Shah Rukh, Aryan, antara yang ditahan

Oct 03, 2021 | 06:00 PM



ANAK Raja Bollywood, Shah Rukh Khan, Aryan Khan ditahan pada Ahad (3 Oktober) dalam satu serbuan rampasan dadah yang dilakukan Biro Kawalan Narkotik (NCB) Mumbai di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.



Menurut laporan CNN-News18, perbualan WhatsApp Aryan, 23 tahun, kini sedang diperiksa dan dia boleh didakwa di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985, sekiranya NCB menemui kaitan antaranya dan rampasan dadah tersebut.



Agensi tersebut yang menyerbu kapal persiaran, Cordelia, telah merampas pelbagai jenis dadah seperti kokain dan ‘hashish’ daripada individu yang didakwa mengadakan parti di atas kapal tersebut.



“Berdasarkan maklumat, pegawai NCB Mumbai melakukan serbuan di kapal persiaran Cordelia, yang menuju dari Mumbai ke Goa pada 2 Oktober 2021.



“Semasa operasi, semua suspek berdasarkan maklumat telah diperiksan pelbagai dadah seperti MDMA / Ecstasy, kokainMD (Mephedrone) dan charas telah ditemui.



“Seramai lapan orang, termasuk dua wanita telah ditangkap dan kaitan mereka dengan serbuan tersebut sedang disiasat.



"NCB Mumbai telah mendaftarkan No. Jenayah. Cr 94/21 dalam kes ini. Siasatan lebih lanjut sedang dijalankan,” kata NCB dalam satu kenyataan pada pagi Ahad.



Difahamkan, bayaran masuk untuk pesta di atas kapal persiaran itu dalam lingkungan Rs1 lakh ($1,831) kata seorang pegawai kepada CNN-News18.



Minggu lalu, pasukan NCB Mumbai dan Goa dalam operasi bersama telah menangkap rakan kongsi pelakon Bollywood, Arjun Rampal, Gabriella Demetriades dari Goa berkaitan dengan kes dadah.



Biro itu juga merampas sejumlah wang dan menurut sumber, saudara lelaki Gabriella, Agisilaos Demetriades, berketurunan Afrika Selatan juga telah ditangkap NCB pada tahun lepas.



Tangkapan itu merupakan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penggunaan dadah di Bollywood. - Astro Awani



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >