Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Kesan PKP 3.0 di M'sia: Pelakon 'Hantu Kak Limah', Delimawati risau kereta ditarik balik bila tiada tawaran lakonan

Jun 11, 2021 | 08:56 PM

KUALA LUMPUR: Sejak penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama, Mac tahun lalu, artis veteran yang masih aktif dalam kerja seni menerima kesannya.

Dengan skop tawaran berlakon atau 'job' terbatas berikutan faktor usia dalam situasi normal, pandemik Covid-19 menambah lagi tekanan kepada artis veteran untuk mencari rezeki.

Andai kehidupan selesa dengan bantuan anak-anak, situasi menghimpit ini mungkin tidak dirasakan. Namun, ada artis veteran yang masih bergantung kepada pendapatan daripada aktiviti seni seperti berlakon dan menyanyi.

Bagaimanapun, penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' di seluruh negara sehingga 14 Jun yang kemudian dilanjutkan hingga 28 Jun menyebabkan pendapatan mereka 'terputus' bagi tempoh yang sukar dipastikan.

Dalam satu wawancara BH Online (Malaysia) bersama pelakon 'senior' iaitu Delimawati, beliau berkongsi kisah kehidupan sejak penularan pandemik COVID-19, tahun lalu.

Delimawati yang terkenal dengan karakter Hantu Kak Limah daripada filem arahan sutradara Mamat Khalid, menganggap diri beruntung kerana menetap bersama anak bongsu.

"Dalam soal makanan, ada yang menanggung saya. Apa yang anak saya, menantu dan cucu makan, saya berkongsi rezeki mereka.

"Mujur duduk dengan mereka, jadi 'lepaslah' soal itu. Menantu bekerja manakala anak saya hanya menjadi suri rumah.

"Namun, saya risau kerana bayaran pinjaman kereta tidak dapat dijelaskan lagi. Dengan kereta itulah saya bergerak untuk keluar bekerja.

"Saya rasa 'patah kaki' kalau tiada kereta. Saya takut kereta 'ditarik', namun, saya tawakal dan berdoa yang baik-baik," katanya.

Dakwa Delimawati yang berasal dari Kuala Kangsar, beliau sudah beberapa bulan tidak mendapat tawaran berlakon.

"Kali terakhir berlakon telefilem Raya Pukul 7 untuk Awesome TV siaran Aidilfitri lalu. Selepas itu, tiada lagi.

"Saya risau soal pendapatan. Namun, dengan keadaan meruncing sekarang dan 'total lockdown', kita kena utamakan nyawa daripada segala-galanya.

"Kita kena berkorban untuk tidak meneruskan kerja lakonan. Jika tidak, kesannya lebih bahaya," katanya. - BH Online Malaysia

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3