Raikan Tahun Ular bersama Mandai Wildlife Reserve.
Kumpulan Hidupan Liar Mandai menjemput keluarga dan rakan untuk mengetahui lebih mendalam tentang kebolehan menarik ular dan peranan ekologi mereka.
Aktiviti termasuk sesi ‘Keeper Talk’ yang dijadualkan di Taman Haiwan Singapura, River Wonders dan Safari Malam yang menampilkan reptilia seperti king cobra dan anaconda hijau.
Para pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam kuiz digital dan permainan ‘scavenger hunt’, dengan peluang untuk menebus hadiah.
Tarikh: Hingga 12 Februari
Masa: 8.30 pagi hingga 9 malam (bergantung kepada aktiviti)
Tempat: Bird Paradise,Taman Haiwan Singapura, Safari Malam dan River Wonders
Bayaran masuk dikenakan.
Maklumat lanjut di pautan https://bh.sg/aWNp.
Selepas sebulan tidak diadakan, ‘The Floating Marvels’ kini kembali menghiasi langit Pantai Palawan, Sentosa.
Setiap hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati pemandangan menakjubkan ‘belon’ besar yang terapung di udara sambil diterangi cahaya memukau.
Gabungan elemen seni dan suasana semula jadi pantai ini mencipta pengalaman yang unik dan memikat.
Acara ini berlangsung di kawasan terbuka, jadi pengunjung digalakkan tiba lebih awal untuk mendapatkan ruang yang selesa di pantai.
Tarikh: Hingga 16 Februari
Masa: 8.15 malam hingga 10 malam
Tempat: Pantai Palawan, Sentosa
Masuk percuma
Bawa tikar pantai atau tempat duduk mudah alih untuk keselesaan anda sambil menikmati pengalaman visual yang menarik ini.
Kunjungi ‘River Hongbao 2025’ di Gardens by the Bay, salah satu acara utama yang turut memperingati ulang tahun ke-60 Singapura.
Bertempat di Gardens by the Bay, acara ini menampilkan hiasan tanglung yang menarik, persembahan pentas dan permainan karnival yang menyeronokkan.
Pengunjung juga boleh menikmati pameran istimewa yang memaparkan sejarah surat kiriman wang oleh migran awal dari China.
Selain itu, aktiviti maya seperti permainan dan pertandingan dalam talian dengan hadiah menarik turut memeriahkan acara.
Persembahan istimewa oleh bakat tempatan seperti Joanna Dong dan Shigga Shay serta kumpulan kebudayaan dari Yunnan, China, akan menjadi tumpuan acara.
Tarikh: Hingga 5 Februari 2025
Waktu: 28 Januari (6.30 petang hingga 12.15 pagi)
29 Januari hingga 5 Februari
2.30 petang hingga 10.30 malam
Tempat: Gardens by the Bay
Masuk percuma
Nikmati maraton filem retro yang mengimbau kenangan era 1970-an!
Sertai acara istimewa ini di Anjung @ WGS (Wisma Geylang Serai) pada 1 Februari 2025, dari 2 petang hingga 10 malam.
Acara akan menayangkan filem klasik seperti Grease (1978) pada 2 petang, The Return of the Pink Panther (1975) pada 4.30 petang dan Saturday Night Fever (1977) pada 8 malam.
Selain tayangan filem, pengunjung berpeluang menikmati makanan seperti sate, kacang putih, teh tarik dan ‘popcorn’ percuma (selagi stok masih ada).
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Busana Retro Terbaik dan tampil dengan gaya paling menarik.
Tarikh: 1 Februari
Masa: 2 petang hingga 10 malam
Tempat: Anjung @ WGS
Masuk percuma
Sertai kami untuk pengalaman penuh nostalgia dan hiburan bersama keluarga dan rakan!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg