Pengguna Berdaftar
Ketengahkan corak fesyen sopan terkini
Jun 30, 2022 | 12:15 AM
TIGA DARA DAN IMPIAN FESYEN: (Dari kiri) Cik Nur Atiqa Masnizam, Cik Farhana Ahmad dan Cik Tiara Safiah Hamzah mengusahakan jenama 'Corak' bagi projek fesyen tahun akhir mereka yang menekankan konsep 'retro' dan identiti Melayu dalam busana sopan yang memperkasa diri. - Foto POLITEKNIK TEMASEK -
Di sebalik mereka dilahirkan dalam dunia canggih serba moden dengan media sosial menguasai kehidupan mereka, sekumpulan anak muda tidak lupakan budaya Melayu. Aspek ini diterapkan dalam projek tahun akhir mereka di Politeknik Temasek (TP), baik dalam bidang fesyen mahupun komunikasi visual. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
SEWAKTU memikirkan busana sesuai lagi sopan untuk digayakan pada acara 'prom' atau tamat pengajian menengah empat beberapa tahun lalu, Cik Nur Atiqa Masnizam terbiar kebingungan.

