Ketengah pelakon kulit putih bagi watak Asia, Afrika, Hispanik demi untung?, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Ketengah pelakon kulit putih bagi watak Asia, Afrika, Hispanik demi untung?

Nov 26, 2021 | 05:30 AM

Sejak akhir-akhir ini, budaya bikin filem dalam suasana yang inklusif tanpa mengira kaum dan agama pelakon atau kru belakang tabir kian diuar-uarkan syarikat penerbitan filem di Hollywood. Namun, masih ada amalan Hollywood yang merunsingkan pejuang hak kesaksamaan kaum dengan pengamat budaya pop Barat mula 'menggali' trend 'whitewashing'.Ia melibatkan kecenderungan Hollywood mengetengahkan pelakon kulit putih bagi watak yang tertera dalam naskhah asal sebagai berkulit hitam, keturunan Asia, Hispanik atau Amerika Latin.Dalam pada itu, industri muzik Barat pula mula peka dengan kemunculan trend 'blackfishing', di mana artis kulit putih mula tampil dengan solekan dan pakaian yang meniru gaya artis kulit hitam.BERITA HARIAN meninjau isu ini. Trend 'whitewashing' belum pupus sepenuhnya walau Hollywood usaha papar kerencaman kaum, warna kulit

SOALAN mengapa pelakon mat salih (Christopher Lee) yang bawa watak penjahat Asia, Dr Fu Manchu, pernah saya ajukan kepada bapa saya tatkala menyaksikan filem The Face of Fu Manchu sekitar tahun 1970-an.

Selanjutnya, soalan serupa turut timbul di fikiran apabila menonton pelakon dan penyanyi kacukan Russia-Amerika, Yul Brynner, berdiri segak (meski kepalanya botak) sebagai Raja Mongkut dari Thailand dalam filem muzikal The King and I.

Tiada jawapan tepat yang saya perolehi kecuali kata-kata bapa: "Mungkin payah nak import pelakon berkelayakan dari China atau Thailand ke Hollywood."

Keganjilan dan keprihatinan ternyata terasa apabila filem Hollywood kerap menampilkan pelakon kulit putih untuk membawa watak Cina, Jepun, Thailand, dayak (Red Indian) mahupun kulit hitam.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Hingga suatu ketika, pelik juga melihat Laurence Olivier tampil dengan wajah gelap berpalitkan solekan hitam (blackface) bagi membawa watak utama dalam filem terbitan 1965, Othello.

Kemudian, ada juga solekan yang dipanggil yellowface bagi mengubah wajah pelakon kulit putih Mickey Rooney menjadi orang Jepun dalam filem 1961, Breakfast at Tiffany's.

Situasi sebegini dalam suasana penggambaran filem Hollywood dikenali sebagai 'whitewashing' atau persis proses memalit cat kapur.

Ia merupakan amalan industri filem Hollywood zaman-berzaman di mana pelakon kulit putih dipilih untuk membawakan watak bukan kulit putih.

Kadangkala, naskhah asal filem yang mungkin dipadankan daripada buku mengisahkan tentang watak cereka berkulit hitam, berketurunan Hispanik atau penghijrah dari Asia.

Tetapi, ia diubah pula menjadi si kulit putih yang tampil sebagai wira.

KAUM MINORITI KURANG DITONJOLKAN

Dalam satu rencana bertajuk Actors and Activists: Performance, Politics, and Exchange Among Social World, pengkritik seni, Profesor David A. Scholossman, menjelaskan betapa pada awal abad ke-21, kaum minoriti masih lagi kurang ditonjolkan sebagai pelakon utama berwibawa dalam industri filem.

"Ada bermacam stereotaip yang dikenakan pada watak Asia atau kulit hitam. Kalau sekarang, ramai pelakon kulit hitam, Cina, Jepun dan Korea mudah menjadi diri mereka sendiri dalam filem Hollywood, dahulu, pelakon kulit putih akan menggalas amanah jadi orang Cina, Jepun, Amerika Latin atau Hispanik dan kulit hitam," jelas Profesor Scholossman.

Amalan 'whitewashing' ini ternyata masih berterusan walau tidak sekerap dahulu kerana pelbagai usaha memupuk kesedaran ramai tentang pentingnya budaya inklusif tanpa mengira kaum atau agama diamalkan dalam set filem Hollywood.

Sepertimana kata jurucakap BBC dalam rencana When White Actors Play Other Races:

"Whitewashing masih lagi ketara diamalkan di Hollywood walaupun ramai yang memberontak dan mengecam mengenai budaya mengambil pelakon kulit putih bagi watak Asia, Hispanik atau kulit hitam. Satu sebab perkara ini berlaku adalah perkauman institusi dan kepercayaan bahawa pelakon kulit putih akan lebih mampu menarik lebih ramai penonton dan menjana keuntungan buat filem berkenaan."

Seiringan dengan itu, Pengerusi Sony Pictures Motion Picture Group, Encik Tom Rothman pula mengulas:

"Saya fikir terdapat kuasa institusi dan satu bentuk pemikiran yang menyatakan bahawa industri filem kian diperbaiki dalam perihal perkauman dan 'whitewashing' tetapi saya bersetuju kemajuannya belum cukup pantas."

Apakah antara filem dalam tempoh dua dekad lalu yang terdedah pada amalan 'whitewashing' ini?

ANNIHILATION (2018)

Dalam filem cereka sains yang dipadankan daripada novel ini, pelakon Natalie Portman membawa watak yang sepatutnya berketurunan Asia manakala Jennifer Jason Leigh pula menerajui peranan sebagai wanita yang mempunyai datuk-moyang daripada kaum asli Amerika.

THE BEGUILED (2017)

Filem ini berlatarbelakangkan Perang Sivil Amerika dan dalam novel asalnya pada 1966, mengisahkan tentang remaja kacukan Edwina dan pembantu rumah yang merupakan hamba abdi kulit hitam, Mattie. Namun, dalam filem ini, diubahnya bangsa Edwina menjadi kulit putih (dilakonkan Kirsten Dunst) manakala watak Mattie ditiadakan langsung.

Memberikan alasan ketiadaan watak Mattie, pengarah Sofia Coppola menjelaskan:

"Anak-anak gadis menonton filem saya dan saya enggan mereka mempunyai gambaran watak Afrika-Amerika ini diketepikan atau disisihkan."

ARGO (2012)

Dalam filem 'thriller' politik yang berdasarkan kisah sebenar, Ben Affleck membawa watak pegawai operasi teknikal CIA, Tony Mendez, yang sebenarnya berketurunan Mexico.

Walaupun Mendez tidak menyifatkan dirinya sebagai Hispanik, pemilihan Affleck bagi watak ini menimbulkan bermacam tanda tanya.

WANTED (2008)

Dalam filem aksi ini, Angelina Jolie adalah Fox, watak Afrika-Amerika dalam komik, yang meraih inspirasi daripada pelakon kulit hitam Halle Berry.

THE MARTIAN (2015)

Dalam filem cereka sains yang berdasarkan novel 2011, pelakon Mackenzie Davis membawa watak perancang satelit kawalan misi, Mindy Park. Walhal, penulis novel, Andy Weir menjelaskan bahawa Park sebenarnya adalah wanita Korea dalam novelnya walaupun ini tidak begitu dijelaskan dalam novel itu.

PERUBAHAN SETAPAK DEMI SETAPAK

'Whitewashing' adalah amalan yang memang payah dikikis sepenuhnya kerana keinginan penerbit memancing penonton dunia dengan nama-nama besar yang biasanya merupakan pelakon kulit putih menerajui filem ini.

Namun, francais filem Marvel Cinematic Universe (MCU) nampaknya mengorak langkah positif menerusi filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings (pelakon berketurunan Cina) dan Eternals (kerencaman kaum).

Sebagaimana jelas pelajar jurusan perfileman, Affandi Jasman, 25 tahun:

"'Whitewashing' takkan pupus 100 peratus sebab faktor keuntungan, lebih mementingkan kelancaran atau daya tarikan plot daripada bangsa atau kaum yang dipapar.

"Bagaimanapun, saya melihat MCU banyak mencatat sejarah dengan bersikap inklusif dan realistik dengan menampilkan bermacam kaum atau fokus pada satu kaum sahaja. Itu satu petanda baik memandangkan mereka pembikin filem berpengaruh kini."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map