SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Khai Bahar lebih hati-hati, enggan peminat wanita salah anggap

Khai Bahar lebih hati-hati, enggan peminat wanita salah anggap

Apr 11, 2023 | 5:30 AM

Khai Bahar lebih hati-hati, enggan peminat wanita salah anggap

MUDAH MESRA: Khai Bahar akur dakwaan beliau meninggalkan seorang wanita setelah menabur janji manis hanya salah faham. - Foto INSTAGRAM/KHAI BAHAR
MUDAH MESRA: Khai Bahar akur dakwaan beliau meninggalkan seorang wanita setelah menabur janji manis hanya salah faham. - Foto INSTAGRAM/KHAI BAHAR -

PENYANYI Khai Bahar mahu lebih berhati-hati dalam setiap hubungan mahupun pergaulan agar tidak timbul isu mempermainkan hati wanita seperti dakwaan seorang pengguna Twitter, baru-baru ini.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 28 tahun, berkata disebabkan perwatakannya mudah mesra dengan orang, secara tidak langsung ia membuka ruang untuk isu berkenaan timbul.

"Saya akan lebih berhati-hati. Saya juga dapat teguran rakan dan keluarga supaya tak terlalu manis mulut dengan orang lain.

"Disebabkan saya mudah mesra, jadi apabila sudah rapat, mungkin akan ada timbul perkara seperti ini. Sejujurnya, apabila perkara ini timbul, saya agak keliru.

"Perkara ini juga sudah diselesaikan secara baik," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online.

Khai berkata beliau bersyukur perkara itu dapat diselesaikan secara baik. Malah, Khai menganggap apa yang terjadi sebagai asam garam bergelar selebriti.

"Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan. Saya fikir tiada salah pun dengan orang. Jadi, alhamdulillah perkara ini dapat diselesaikan.

"Saya kenal individu itu, cuma seperti yang diperkatakan, perkara ini hanya salah faham sahaja.

"Bagi saya, perkara ini adalah lumrah, kalau bukan selebriti pun akan ada juga terkait dengan perkara seperti ini," katanya.

Terdahulu, seorang wanita memuat naik ciapan di Twitter yang mendakwa Khai meninggalkan kawannya tanpa alasan selepas menabur beberapa janji.

Sebelum ini, Khai pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti Malaysia seperti Siti Nordiana dan Hawa Rizwana.

Dalam perkembangan lain, Khai bakal memeriahkan majlis berbuka puasa bersama penghuni rumah kebajikan, Raudhatul Al Faeez di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 14 April ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg