Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khai Bahar ‘Luluh’ ibu pergi dalam tidur

Jan 4, 2024 | 3:37 PM
RASA KEHILANGAN: Penyanyi yang mempopularkan lagu ‘Luluh’, Khai Bahar, tidak dapat membayangkan ketiadaan ibu, Allahyarhamha Rosnah Muhammad, yang menjadi tonggak kehidupan.
RASA KEHILANGAN: Penyanyi yang mempopularkan lagu ‘Luluh’, Khai Bahar, tidak dapat membayangkan ketiadaan ibu, Allahyarhamha Rosnah Muhammad, yang menjadi tonggak kehidupan. - Foto INSTAGRAM KHAI BAHAR

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar terkilan tidak dapat menatap wajah ibunya, Allahyarhamha Rosnah Muhammad, 62 tahun, yang meninggal dunia dalam tidur, pada 2 Januari.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29 tahun, berkata beliau mendapat berita duka pemergian insan tersayang ketika berada di Langkawi.

“Saya dan beberapa rakan pergi ke Langkawi. Sejurus dapat berita pemergian emak, saya terus cari bot balik ke Perlis.

“Atas pertolongan rakan, saya berjaya dapatkan bot dan tiba di rumah di Kangar, kira-kira 2 pagi,” jelasnya kepada laman Berita Harian Malaysia (BHM) Online.

Menurut Khai, beliau cukup terkejut dengan pemergian ibunya dan fikirannya kosong.

“Fikiran saya kosong... Tiada apa yang boleh saya katakan lagi. Saya masih terkejut dengan pemergian emak,” katanya.

Allahyarhamha Rosnah yang baru meraikan ulang tahun ke-62 pada 25 Disember, menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.

Allahyarhamha Rosnah mula menjalani rawatan dialisis sejak awal 2023.

Arwah pernah dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.

Sementara itu, jenazah Allahyarhamha Rosnah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar, pada 12.15 tengah hari 3 Januari.

Pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin, berkata pengebumian dipercepatkan berikutan semua urusan selesai.

Terdahulu, Mohammed Rizal memuat naik hantaran Instagram Story menyatakan jenazah Allahyarhamha Rosnah sudah dibawa ke Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, untuk dimandi dan disolatkan.

“Pengebumian jenazah dipercepatkan disebabkan semua urusan siap. Jadi, kami awalkan (pengebumian) sebelum solat zuhur,” katanya.

“Fikiran saya kosong... Tiada apa yang boleh saya katakan lagi. Saya masih terkejut dengan pemergian emak.”
Penyanyi Malaysia, Khai Bahar.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg