Premium
Khairudin bertahan, sahut cabaran wadah digital
Apr 11, 2021 | 5:30 AM
PENGALAMAN LUAS: Bermula sebagai penghibur cilik pada 1980-an, Khairudin Samsudin kini memegang pelbagai peranan dalam industri hiburan Singapura. - Foto THE JUGG PHOTOS -
SEBAGAI personaliti yang 'membesar" dengan dunia televisyen seawal beliau berusia tujuh tahun, Khairudin Samsudin telah melihat pelbagai perubahan dunia penyiaran tempatan.
Daripada menjadi bintang cilik Bengkel Kanak-Kanak Radio Televisyen Singapura (RTS) ke era drama remaja di Perbadanan Televisyen Singapura (TCS) dan Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) hinggalah diberi kepercayaan sebagai pengarah bagi drama-drama terbitan Suria, Mediacorp, Khairudin masih bertahan.

