Premium
Khaty buka pintu restoran buat artis terus menghibur
Mar 29, 2018 | 5:30 AM
HARAPKAN KERJASAMA TIGA NEGARA NUSANTARA: Datuk Khadijah Ibrahim mengharapkan agar Malaysia, Indonesia dan Singapura dapat sama-sama bekerjasama dalam menghidupkan hab muzik serantau, termasuk di Batam. - Foto UKHTI AMINAH -
SEBAGAI 'orang lama' dalam industri muzik Malaysia yang sudah lebih empat dekad berkecimpung dalam bidang seni, Datuk Khadijah Ibrahim dapat merasakan kehambaran industri yang terjejas teruk dek kegawatan ekonomi.
Di sana sini beliau melihat artis mapan berkeluh-kesah kerana tiada atau kurangnya tawaran muncul di kaca televisyen atau mengadakan konsert besar-besaran seperti dahulu.

