Premium
Kirana Seni kongsi kisah kabaret
Nov 4, 2017 | 5:30 AM

IMBAU KENANGAN LAMPAU: Penari kumpulan Kirana Seni ini turut memainkan peranan sebagai pelanggan dan penari kabaret dalam pementasan 'Kenangan' di Teater Festive Art Our Tampines Hub hari ini. - Foto KIRANA SENI -
TEATER Festive Art di Our Tampines Hub akan berubah menjadi gelanggang joget bak kabaret hari ini dengan lagu-lagu twist, cha-cha, rumba dan ronggeng mengisi suasana hari ini.
Senario itu sebahagian pementasan teater berjudul Kenangan oleh kumpulan Kirana Seni yang bakal dipentaskan pada 3 petang dan 8 malam.

