SEBUAH pementasan muzikal yang memberi tumpuan kepada kisah dan muzik kumpulan terkenal Bee Gees sedang dihasilkan bersama satu-satunya anggota kumpulan itu, Barry Gibb, menurut Kumpulan Teater Universal.

Laman Inquirer menyatakan awal tahun ini, artis terkenal seperti Celine Dion, John Legend, Ed Sheeran dan Stevie Wonder telah memberi penghargaan kepada kumpulan itu dalam satu konsert yang menandakan sambutan ke-40 lagu Saturday Night Fever.