Kisah haiwan 'Wan Belantara' bantu hadam 'Sejarah Melayu', Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Kisah haiwan 'Wan Belantara' bantu hadam 'Sejarah Melayu'

Jan 28, 2021 | 05:30 AM

KISAH bersejarah yang boleh digunakan bagi mengajar pelajar tentang cerita-cerita yang terakam dalam Sejarah Melayu dekat di hati pengarah teater, Saiful Amri Ahmad Elahi, dan penulis naskhah pentas, Anwar Hadi Ramli.

Anwar sendiri mendapati ramai pelajarnya tidak tahu tentang kewujudan cerita-cerita klasik ini sedangkan ia berlaku di bumi Singapura yang dahulunya diperintah raja dan permaisuri.

Bagi memastikan pementasan Wan Belantara: Enjet-Enjet Semut yang disajikan kumpulan teater The Necessary Stage sempena Pesta Pinggiran Singapura M1 ini mudah dihadam dan lebih menarik lagi, watak-watak yang ditampilkan hadir dalam bentuk haiwan.

Buat julung-julung kalinya dek sekatan langkah keselamatan Covid-19, pementasan bagi pesta pinggiran ini dibuat secara hibrid - di Studio Teater Esplanade kelmarin dan semalam serta distrim secara langsung di Sistic Live mulai esok hingga 4 Februari ini.

Ketika dihubungi, Saiful menjelaskan bahawa kesemua 35 tiket yang disediakan bagi setiap pementasan di Esplanade kelmarin dan semalam laris dijual.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Dalam keterbatasan pandemik Covid-19 dengan langkah jarak selamat perlu diperhatikan, jumlah kecil ini adalah satu permulaan yang baik setelah banyak kegiatan seni yang dipentaskan di tempat fizikal dibatalkan tahun lalu," jelasnya.

Menurutnya, Wan Belantara yang bermaksud 'Raja Rimba' bermula sebagai skrip pementasan sekolah.

"Kami menggunakan watak haiwan agar menarik penonton dan senang difahami, macam dalam animasi The Lion King meskipun bukan dalam skala sebesar itu. Ia satu percubaan mendedahkan penonton khususnya generasi muda pada kisah-kisah dalam Sejarah Melayu," jelas Saiful.

Anwar mengkaji lima versi sesebuah cerita bagi memastikan ketepatan jalan ceritanya dan agar dialognya konsisten.

"Anwar pernah terfikir tentang patung Sang Nila Utama yang dikerumuni binatang.

"Yang lucu, Sang Nila Utama ingatkan binatang tu semua 'Singa'. Bayangkan Sang Nila Utama ini rabun dan menamakan negara ini Singapura setelah terlihat singa.

"Ada juga masanya apabila watak legenda yang kuat seperti Badang dianggap gila kerana ternampak jin!" kongsi Saiful lagi.

Menurut Anwar pula, kisah-kisah klasik Melayu ini tidak begitu dihormati persis legenda Yunani seperti Hercules.

Disebabkan itulah, beliau ingin mendedahkan penonton dengan kisah-kisah ini. Diarapkan menerusi pendedahan yang diberi, mereka akan lebih memahami kandungannya dan terhibur menyaksikannya.

"Mungkin juga mereka akan pulang dan mengkaji lebih lagi tentang kisah-kisah ini yang wajar dikagumi dan dihormati sebab ia merupakan khazanah dan legenda zaman-berzaman masyarakat Melayu," jelas Anwar.

Saiful pula tertarik kali pertama membaca skrip tulisan Anwar ini. Beliau mendapati bagaimana Anwar menyisipkan konsep sindir-sindir sayang bagi mengenakan masyarakat Melayu.

Kata Saiful:

"Cara sebegini begitu dekat dengan tema Pesta Pinggiran Singapura M1 iaitu 'Rusuhan dalam Diam' atau 'Quiet Riot'.

"Naskhah ini telah melalui beberapa perubahan sejak kali pertama saya membacanya. Misalnya, si singa sebelumnya adalah watak utama tetapi saya beritahu Anwar agar fokus sahaja kepada semut-semut kerana mereka melambangkan rakyat jelata.

"Disebabkan kami ingin kisah-kisah yang disajikan ini mudah dihadam, maka kami masukkan sekali lagu rakyat, Enjet-Enjet Semut.

"Lagu ini pun dekat di hati ramai. Saya juga meraih ilham daripada karya George Orwell, Animal Farm.

"Ia menjadi satu cara yang berguna dalam melihat bagaimana haiwan ini mampu dimuatkan dalam naskhah pentas ini dengan kisah hierarki dan politik kerajaan haiwan dikupas.

"Memang pada dasarnya, ia adalah bagi pelajar memahami sejarah. Dengan sekawan semut ini berada dalam perjalanan mengimbas kisah silam dan memikirkan apakah raja baru jauh lebih baik daripada yang sebelumnya?

"Kita boleh berhibur secara santai tetapi kita juga boleh meneliti secara dalam pementasan ini sebagai satu komentar politik," tambah Saiful.

Menurutnya lagi, sebagai penggiat teater Melayu, peranan beliau dan Anwar adalah mencetus penonton agar berfikir sejenak dan teruja ingin dapatkan jawapan pada soalan yang bermain di minda.

"Kita ni asyik 'komplen' saja, baik tentang politik mahupun isu semudah harga pengangkutan awam naik.

"Kita akan bising soal pemimpin. Apabila dia dijatuhkan, kita meraikannya. Tapi apabila pemimpin baru pula mengambil alih kepimpinan, ada masalah lain padanya pula yang jadi isu 'komplen' lanjutan," ujar Anwar pula.

Tiket $15 bagi menonton penstriman langsung pementasan yang disokong Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) boleh ditempah menerusi laman Sistic.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map