Topik diikuti
Pergi ke BHkuKisah jatuh bangun Whitney Houston sentuh jiwa
Kisah jatuh bangun Whitney Houston sentuh jiwa
SEANDAINYA anda peminat setia bintang legenda bersuara buluh perindu Whitney Houston, pastinya nostalgia menerawang di fikiran ketika menyaksikan filem kisah riwayat atau 'biopik' I Wanna Dance With Somebody.
Filem arahan Kasi Lemmons dan lakonan Naomi Ackie (sebagai Whitney Houston) ini membuatkan ramai yang meninggalkan pawagam pada sesi pratonton tempoh hari terasa sebak. Apakan tidak? Di sebalik senyum dan tawa bintang yang dikenali kerana beberapa lagu 'hit' seperti I Will Always Love You, Saving All My Love For You, How Will I Know dan Didn't We Almost Have It All, wujud kisah perit perjuangan hidup, alam rumah tangga, pertarungan dengan dadah dan hubungan getir bersama bapanya yang dirahsiakan selama ini.
Filem ini sekali lagi mengukuhkan persepsi dan ironi bahawa dunia sang penghibur sebenarnya tragik. Lihat sahaja kisah biopik ikon dunia hiburan seperti Elvis Presley (Elvis), Freddie Mercury (Bohemian Rhapsody) atau Marilyn Monroe (Blonde) - kesemuanya memiliki persamaan iaitu kesudahan yang memilukan di sebalik populariti yang dikecapi. I Wanna Dance With Somebody menjejak hidup Houston daripada awal sebagai remaja yang menyanyi di gereja dan mengikut jejak ibunya Cissy Houston yang tegas dan berdisiplin ketika membimbing anak gadisnya itu. Baca laporan penuh di akhbar Berita Harian esok (28 Dis).