Topic followed successfully
Go to BHkuKisah sebenar 'nenek penembak' buka mata
Premium
Kisah sebenar 'nenek penembak' buka mata
Nov 7, 2019 | 5:30 AM
Kisah sebenar 'nenek penembak' buka mata
TERPAKSA 'TEMBAK' UNTUK BERGELAR JUARA: Kisah jerih payah dua wanita berusia, Chandro Tomar dan Prakashi Tomar, yang mempunyai kebolehan semula jadi menembak mengena pada sasarannya, disingkap dalam filem 'Ki Saand Ki Aankh'. Mereka terpaksa berbohong kepada suami kaki tindas demi memburu impian berjuang dalam peraduan menembak nasional. - Foto DARPAN GLOBAL -
SUNTIKAN kesegaran dapat dirasakan dalam filem Hindustan terkini, Saandh Ki Aankh (Tembakan Tepat Sasaran), yang kini ditayangkan di pawagam serata Singapura.
Ia lari daripada kebiasaan kisah bunga-bunga cinta yang mekar di hati si jejaka dan gadis pilihan hatinya. Ia bukan setakat paparan pemandangan indah di gunung-ganang mahupun padang terbentang luas menghijau di ceruk-ceruk desa India.

