Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Koir wanita pertama S’pura menang anugerah tertinggi di festival antarabangsa Slovakia

WHe@Dunia
Dec 20, 2023 | 05:30 AM



Koir wanita, Voices of Singapore Ladies Choir (VSL), yang merupakan koir paduan suara wanita bebas pertama di Singapura, telah memenangi Anugerah Grand Prix (Koir Terbaik Keseluruhan) di Festival Antarabangsa Muzik Advent dan Krismas ke-16 di Bratislava, Slovakia, pada awal Disember.

Koir itu bersaing dalam dua kategori iaitu Musica Sacra acappella dan Koir Wanita Dewasa.

Mereka turut menerima Anugerah Emas untuk kedua-dua kategori, dengan mendapat 95 dan 98 mata, serta diumumkan sebagai pemenang kategori Koir Wanita Dewasa dalam pertandingan tersebut.

Festival Antarabangsa Muzik Advent dan Krismas 2023 menyaksikan 600 penyanyi dari lapan negara yang turut serta.

VSL pada acara 9 Disember merupakan satu-satunya koir dari Asia dan telah menyampaikan repertoir gabungan barisan lagu klasik seiring paduan suara seperti ‘Ave Maria’ oleh Cesar Carrillo, ‘Musica Aeterna’ oleh Lorenz Maierhofer, dan ‘Revelation’ oleh Randall Stroope, serta lagu-lagu rakyat Singapura termasuk susunan Dr Darius Lim bagi lagu ‘Dayung Sampan’.

“Perjalanan kami dari Singapura ke London dan kemudian ke Bratislava adalah satu proses pertumbuhan muzikal dan pencapaian yang sukar diperoleh,” kata presiden VSL, Tay Hwee Ling, dalam satu kenyataan akhbar.

“Melalui persediaan intensif dan latihan, kami membina ikatan sebagai sebuah koir, dan apabila kami akhirnya berada di pentas di Bratislava, kami memberikan yang terbaik.

“Kami bangga dengan pencapaian kami, dan kami akan menghargai pengalaman ini sepanjang hayat.”

Lawatan koir ke Slovakia itu menyusuli persembahan konsert di Pusat VOCES8 di London sebagai sebahagian daripada lawatan mereka ke Eropah.

Dr Lim yang juga Pengarah Seni VSL, berkata: “Ini adalah satu saat kebanggaan untuk Voices of Singapore dan Singapura, kerana ia adalah kali pertama sebuah koir dari Singapura memenangi Anugerah Grand Prix di Festival Antarabangsa Muzik Advent dan Krismas.”

Ditubuhkan pada 2014 oleh Dr Lim, koir itu, pada awalnya dikenali sebagai Koir Wanita VOCO Singapore.

Secara rasmi, ia dinamakan semula sebagai Voices of Singapore Ladies Choir (VSL) sejak penyatuannya ke dalam Voices of Singapore (VOS) Choral Society pada 2019.

VSL adalah sebuah kumpulan amatur. Ia terdiri daripada pendidik, ahli muzik, dan chorister – penyanyi koir gereja – yang berpengalaman.

Misi VSL melangkaui sempadan, dengan matlamat untuk memperkasakan wanita di Singapura dan menyampaikan pelbagai jenis muzik paduan suara kepada penonton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >