Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Komposer gementar apabila ditawar cipta lagu untuk Al Jawaher

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



GEMENTAR mengisi ruang hati apabila mendapat lamaran mencipta lagu buat kumpulan nasyid legenda Nusantara, Al Jawaher.



Begitulah yang dirasakan penggubah lagu Singapura, Yazri Malik, yang lebih dikenali sebagai penggerak nadi sebilangan bakat muda Singapura yang memilihnya sebagai komposer lagu mereka.



Namun, di sudut hati anggota band Merah itu, timbul juga rasa teruja meneroka genre berbeza dan bekerjasama dengan kumpulan yang dikenali ramai khususnya di musim Lebaran dengan lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda.



Sebagaimana jelas Yazri, 43 tahun, ketika dihubungi Berita Minggu (BM):



"Saya awalnya terkejut dan bimbang juga apabila diminta Jamiyah mencipta lagu buat kumpulan nasyid legenda Al Jawaher.



"Siapa tak kenal mereka? Saya membesar dengan lagu Al Jawaher hasil karya Datuk M. Nasir yang menyentuh kalbu dan sering diputar di corong radio.



"Ini merupakan percubaan pertama saya mencipta lagu nasyid. Tambahan pula, ada satu lagu istimewa buat mereka mencipta sejarah dalam kerjaya lebih 40 tahun.



"Saya telah hasilkan lagu Inggeris-Arab, Bring Me Close To You, buat Al Jawaher dendangkan setelah berbincang dengan pihak Jamiyah dan kakak-kakak Al Jawaher.



"Saya ingin tahu lagu bagaimana yang mereka suka, apakah rentak masa kini sesuai dengan vokal mereka atau apakah mereka selesa dengan irama yang saya hasilkan...semua aspek ini perlu diambil kira.



"Satu lagi lagu yang baru-baru ini sudah dikeluarkan ialah Sejadah dengan pengertian mendekatkan diri kita dengan Allah melalui ibadah, lagu yang sesuai sempena Ramadan."



Bekerjasama dengan Al Jawaher buat Yazri merupakan satu penghormatan dengan adanya sikap saling menghormati kreativiti dan idea yang mengalir dua hala.



Banyak perkara baru yang dipelajarinya setelah sekian lama menghasilkan karya pop buat penyanyi Singapura seperti Zaibaktian (Lelaki Baru), Fuad Rahman (Patah), Izzan Adlan (Meh Sini) dan Nertasha (Buang Masa).



"Saya bersyukur dapat mempelajari selok belok menghasilkan lagu-lagu nasyid yang diharapkan dapat memenuhi cita rasa ramai serta membuktikan Al Jawaher kekal relevan dengan trend muzik masa kini.



"Pada masa yang sama, Bring Me Close To You langkah yang baik untuk bawa kumpulan ini menembusi pasaran global dan mula dikenali golongan bukan Melayu," jelasnya.



Bagaimana pula sambutan lagu ini dalam kalangan warganet?



Apabila ditinjau akaun YouTube Impact Music & Entertainment yang memasarkan lagu ini, tertera banyak komen positif.



Razif Hassan menulis: "Tahniah kumpulan legenda Al Jawaher yang kembali dengan lagu yang segar dan 'catchy' tetapi dengan pesanan yang bermakna! Saya suka."



Dr Food pula menambah:



"Tahniah Al Jawaher. Walaupun sudah berusia 44 tahun, kumpulan ini masih tetap bersemangat...Tabik hormat!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >