Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Komposer lagu Lovehunters 'Sambutlah Kasih', mentor bintang dangdut, meninggal dunia

Nov 21, 2020 | 12:27 AM



 KOMPOSER lagu terkenal Sambutlah Kasih, dendangan band legenda Singapura, Lovehunters, Ruslan Mamat, meninggal dunia dalam tidur di Hospital Serdang pada Khamis malam (19 November) akibat masalah jantung. 



Isteri mantan wartawan Malaysia itu, Cik Rahmah Ismail, 59 tahun, ketika dihubungi akhbar Harian Metro berkata, Allahyarham turut mengalami masalah paru-paru berair.



"Bagaimanapun, doktor memberitahu punca kematiannya akibat masalah jantung. Suami memang sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.



"Dia dimasukkan semula ke hospital pada 5 November lalu untuk rawatan. Jam 8 malam tadi, jururawat bagi dia minum susu kerana dia tak lalu makan.



Sekitar jam 9 malam, jururawat nak bagi dia makan ubat. Apabila dikejutkan dia sudah tak beri sebarang respon," katanya yang sempat melawat suaminya beberapa hari lalu.



Cik Rahmah berkata, beliau menerima kematian suaminya dengan tenang kerana Ruslan sudah lama menderita sakit.



Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras sebelum Zuhur pada Jumaat (20 November).



Ruslan meninggalkan isteri serta empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.



Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 59 tahun pernah bertugas sebagai wartawan di akhbar Watan, Media Hiburan, Fokus SPM dan Bacaria.



Beliau menggunakan nama pena Nabila di samping menaikkan irama dangdut dengan artis yang pernah diasuhnya terdiri daripada Sheeda, Mas Idayu, Haiza, Amelina, Ifa Raziah, Ani Maiyuni dan kumpulan Eva.



Antara lagu dangdut popular ciptaannya termasuk Bulan Cinta (dendangan Eva), Dag Dig Dug (Haiza), Asyik (Amelina) dan Angkat Kaki (Sheeda),



Amelina yang dihubungi Harian Metro menceritakan:



"Sebaik dapat berita kematiannya, badan saya menggigil dan terbit perasaan menyesal.



"Sebelum ini, beliau menghantar lagu-lagu terbaru ciptaannya menerusi WhatsApp dan meminta saya mendengarnya dan beri komen. Saya jawab akan dengar nanti dan akan menghubunginya. Saya amat sibuk dan dua hari lalu baru berpeluang tengok WhatsApp dia. Ketika itu terasa sangat rindu pada dia.



"Saya dengar lagu-lagu dia dan suruh anak lelaki dengar sama. Anak saya puji lagunya sedap. Saya tengok dia 'online' tapi rasa macam berat nak telefon kerana bimbang mengganggunya."



Amelina yang dikenali dengan pelbagai lagu ciptaan Allahyarham, antaranya, Ah Rindu Lagi, Cinta Oh Cinta dan Asyik berkata, sebaik menerima berita kematiannya, beliau sedih dan murung seketika.



"Saya tak dapat beritahu dia yang saya sukakan lagu ini. Bagaimanapun saya belum bercadang untuk merakamkan lagu ini kerana banyak perkara perlu diambil kira. Apabila arwah tiada, saya tak tahu cara untuk uruskannya. Soal rakaman dan royalti perlu sampai ke tempat yang betul. Saya juga tak selesa merakam lagu tanpa komposernya di sisi.



"Apapun saya tetap kenang jasanya yang amat besar terhadap saya. Dia ambil saya yang mulanya menyanyi untuk asah bakat di Radio Tiga Seremban dan kemudian dijadikan artis rakaman," katanya.



Penyanyi Haiza juga terkesan dengan pemergian Ruslan yang menaikkan namanya menerusi lagu Dag Dig Dug.



"Sifatnya kadang-kadang tegas tapi dia juga suka bergurau. Dalam pada itu, dia selalu beri nasihat pada saya dan kawan-kawan yang pernah bekerja dengannya yang dianggap seperti adik sendiri.



"Saya masih ingat saya jalani sesi uji bakat di B Sound Studio, Komtar Johor di bawah kendaliannya dan Allahyarham Man Toba. Saya dah selesai uji bakat dan fikir gagal serta dah nak balik. Dia panggil semula untuk rakam nyanyian satu lagu lagi iaitu Rindu. Itulah detik permulaan saya sebagai penyanyi," katanya yang bekerja di bawah terbitan Ruslan untuk lima album.



Sementara itu, anggota Eva, Izzu bersama Rina dan Mimi sempat melawat Ruslan di rumahnya baru-baru ini.



Izzu berkata, Allahyarham melahirkan perasaan terkilan kerana tidak berpeluang merasai hasil daripada lagu ciptaannya Sambutlah Kasih untuk kumpulan Lovehunters.



"Dia sedih kerana orang masukkan di YouTube dan dapat tontonan beratus-ratus ribu sedangkan dia tak dapat apa-apa. Dia tak mampu untuk halang sesiapa masukkan lagu itu di YouTube dan malas nak saman menyaman.



"Dia juga tanya kami kenapa tak menyanyikan lagu ciptaannya 1001 Cinta semasa minggu pertama Gegar Vaganza. Kami cakap kami ikut permintaan Astro yang mahukan kami menyanyi lagu Bulan Cinta," katanya. - HARIAN METRO



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >