Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Komposer Mayuni Omar mahu kongsi ilmu, pupuk bakat baru

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



DIBESARKAN dalam sebuah keluarga yang sederhana, Mayuni Omar, 50 tahun, merasakan dirinya beruntung mendapat pendidikan piano sewaktu di sekolah rendah lagi kerana menunjukkan minat yang mendalam.



Ibunya, yang merupakan seorang ibu tunggal, dan pakciknya, yang membiayai kos kelas piano itu, adalah insan penting yang banyak memberinya galakan sehingga beliau kini adalah nama yang disegani di peringkat serantau.



Mayuni adalah komposer muzik yang telah pun menerbitkan lebih 70 lagu untuk filem dan televisyen.



Walaupun mempunyai minat yang mendalam pada bidang muzik, Mayuni memilih untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dalam bidang seni reka grafik setelah tamat sekolah menengah.



Malangnya, beliau memang dilahirkan dengan kondisi buta warna (separa) dan kursus itu tidak dapat diikutinya lagi. Dari situ, Mayuni cenderung mempertingkatkan dirinya sendiri dengan mempelajari alat-alat muzik yang lain.



Terbaru ini, Mayuni terlibat dalam penyusunan semula lagu tema untuk siri drama Suria, Anak Metropolitan 4.0, yang menampilkan penyanyi Fuad Rahman dan Daly Filsuf, dan liriknya ditulis oleh Hamed Ismail.



Lagu pertama yang pernah dikarangnya ialah untuk drama bersiri Selagi Ada Kasih pada awal tahun 2000-an.



Untuk menulis lagu tema, menurut Mayuni, beliau harus membaca sinopsis cerita itu dulu untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam.



Jika perlu, Mayuni juga harus berganding dengan pengarah dan penerbit produksi itu untuk mengetahui kehendak mereka juga. Seterusnya, mencari penyanyi yang sesuai juga penting untuk melahirkan lagu tema yang berkesan.



"Lagu tema lebih pendek dari lagu-lagu biasa, jadi ia harus menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan padat," katanya.



Mayuni pernah memenangi anugerah bagi kategori Lagu Tema Terbaik beberapa kali di Pesta Perdana anjuran Suria, untuk lagu tema bagi drama bersiri, Anak Metropolitan (2011), Cinta Q (2009) dan Kerana Fateha (2007).



Antara komposer tanahair yang dihormatinya ialah S.Atan dan Allahyarham Kassim Masdor.



"Penulisan lagu sekarang tidak sesulit dulu. Sekarang dengan tidak ada asas dalam bidang muzik, sesiapa pun boleh mengarang lagu, dengan hanya menggunakan sebuah komputer," menurut Mayuni, yang akan menganjurkan kelas mengarang lagu untuk orang awam bulan depan.



"Dengan sofwe yang canggih yang sudah ada percuma dalam produk komputer jenama Apple, kita boleh mengadakan bermacam bunyian untuk membantu membuat lagu yang lebih baik," kata Mayuni lagi.



Kelas empat jam "Garageband Songwriting Workshop" itu akan berlangsung pada 17Julai ini di pusat Academy of Rock (cawangan Siglap).



Walaupun dengan kemudahan yang sudah ada, Mayuni tetap menasihati mereka yang ingin meneroka bidang muzik dengan lebih serius untuk belajar bermain alat muzik.



"Kalau kita tahu penggunaan alat muzik itu, kita dapat lebih kreatif dalam proses pengarangan lagu," jelasnya. - RUBIAH MOHD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >