Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Komposer 'Menaruh Harapan', anggota asal Kembara, A. Ali meninggal dunia

Nov 21, 2020 | 02:58 PM



KOMPOSER lagu 'hit' Menaruh Harapan (dendangan Zaiton Sameon),  A. Ali atau nama sebenarnya, Hamdah Atan, 71 tahun, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi (Sabtu, 21 November).



Beliau yang pernah menjadi gitaris kumpulan Sweet Charity dan kemudian menganggotai kumpulan Kembara bersama Datuk M. Nasir dikatakan tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dengan pemergiannya sangat mengejutkan. 



Isteri Allahyarham, Cik Latifah Khamis memberitahu akhbar Berita Harian Malaysia, beliau menyedari suaminya sudah pergi kira-kira jam 8.30 pagi, lantas segera memaklumkan anak ketiga mereka, Cik Norhuda.



Cik Norhuda berkata:



 "Alhamdulillah, kesihatan ayah selama ini okay, jantung pun tiada masalah. Malah, setiap tahun kami bawa ayah buat pemeriksaan kesihatan.



"Namun, ajalnya sudah sampai. Allah lebih menyayanginya. Selepas ayah dibawa ke hospital, doktor beritahu jantungnya sudah berhenti lama sebelum menutup mata."



Norhuda berkata, ibu dan arwah sempat menunaikan solat Subuh, pagi tadi.



"Emak beritahu selepas solat, arwah merenung ke luar jendela kira-kira jam 7 pagi tadi.



"Arwah beritahu emak, dia nampak lori mengangkut sampah. Tapi emak hairan kenapa lori sampah datang awal. Emak fikir itu sekadar imaginasi arwah.



"Selepas itu, arwah baring semula di katil. Sangka emak, arwah tidur nyenyak. Rupa-rupanya arwah bapa sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.



"Jenazah kemudian dibawa ke hospital berdekatan," katanya.



Tambah Cik Norhuda, sepanjang hayat, arwah mempunyai pekerti mulia dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain.



"Selama saya tinggal bersama, arwah tidak suka menyusahkan anak-anak," katanya



Arwah A Ali dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor.



Bersama Cik Latifah, arwah dikurniakan sembilan anak.



Sepanjang kerjaya seninya, beliau yang mampu bermain alat muzik seperti gitar, menaikkan nama penyanyi Zaiton Sameon menerusi lagu Menaruh Harapan yang memenangi Juara Lagu 1987.



Beliau juga mencipta lagu Diriku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil yang cukup popular pada era 1980-an.



M. Nasir yang dihubungi Harian Metro pula berkata pemergian A. Ali adalah satu kehilangan besar buat industri muzik.



"Pemergiannya satu kehilangan besar. Saya mengenali arwah sekitar tahun 1975 atau 1976, jauh sebelum kumpulan Kembara diwujudkan. Pada ketika itu, dia menjadi gitaris utama kumpulan Sweet Charity. 



"Bila dia dah keluar dari Sweet Charity dan saya berpeluang menjadi artis rakaman, saya ajak dia untuk tubuhkan Kembara," kata Nasir. 



Sahabatnya itu juga memiliki pelbagai karakter. 



"Ada masanya dia lebih gemar diam tapi pada masa sama, dia adalah orang yang sangat kelakar.



"Selepas beberapa tahun saya mengikutinya, saya tertarik dengan caranya yang ada identiti sendiri," katanya. 



Selain Nasir dan Ali, S Sahlan adalah seorang lagi anggota asal kumpulan Kembara.



Ali dan Sahlan juga bergerak berdua sebagai kumpulan Pelangi dengan lagu 'hit', Biar Ku Menjadi Lilin.



Minggu ini, industri muzik Nusantara kehilangan dua butir permata. Dua hari lalu, pada 19 November, penggubah lagu popular Sambutlah Kasih, dendangan kumpulan Singapura, Lovehunters, Ruslan Mamat, meninggal dunia dalam tidur menyusuli masalah jantung.



- BERITA HARIAN MALAYSIA/HARIAN METRO



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >