Topik diikuti
Pergi ke BHkuKonflik suami isteri dipapar kemas, padat
JAYA KUNCI PERHATIAN PENONTON: Farhana M. Noor dan Al-Matin Yatim memainkan watak dengan penuh berkesan sebagai suami isteri muda yang menghadapi cabaran hidup kompleks dalam pementasan teater '28.8' oleh Teater Kami. - Foto TEATER KAMI
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 12, 2017 | 5:30 AM
CUKUP mengagumkan melihat kisah satu kehidupan yang cukup kompleks terangkum dengan cantik, kemas dan padat dalam ruang yang sangat kecil menerusi pementasan teater berjudul 28.8 oleh Teater Kami.
Di ruang terbuka sebesar sebuah bilik tidur di studio Black Box Aliwal Arts Centre itulah penonton menyaksikan bagaimana dua watak berbeza berusaha mencari kesepakatan untuk mengharungi kehidupan sebagai suami isteri, biarpun dibelenggu pelbagai keraguan.
