Premium
Kongsi kisah derita ibu yang skizofrenia
Mar 18, 2017 | 5:30 AM
SEBAR KESEDARAN TENTANG SKIZOFRENIA: Kumpulan pelajar filem digital dan televisyen daripada Politeknik Temasek - (berdiri dari kiri) Encik Isaac Samuel Wong, Cik Nur A'in Roslan, Cik Charmaine Cheong, Cik Jillian Fong dan Cik Jazlin Sng, serta (barisan depan dari kiri) Cik Danielle Angeline Oaper, Encik Wiseley Wong dan Cik Alicia Yeoh - bersatu hati menghasilkan filem tentang hubungan anak dengan ibunya yang menghidap skizofrenia demi memupuk kesedaran awam. - Foto KHALID BABA -
TERSENTUH hati Cik Nur A'in Roslan apabila mendengar kisah temannya, Cik Charmaine Cheong, yang mengharungi pahit getir hidup bersama seorang ibu dengan masalah mental skizofrenia.
Perangai dan kelakuan si ibu berubah-ubah dengan dirinya kerap kali terdengar bisikan suara yang dikatakan datang daripada angkasa, memintanya melakukan sesuatu di luar dugaan.

