Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kongsi rezeki menerusi filem, Husin harap lebih banyak peluang beraksi

Jan 2, 2022 | 5:30 AM
HUSIN SAABAN: Pelawak veteran setempat ini telah memenangi tempat kedua di dalam Pesta Filem Geylang Serai (GSFF) menerusi filem 242 Lorong Engku Aman yang diarahkannya. - Foto ihsan HUSIN SAABAN
HUSIN SAABAN: Pelawak veteran setempat ini telah memenangi tempat kedua di dalam Pesta Filem Geylang Serai (GSFF) menerusi filem 242 Lorong Engku Aman yang diarahkannya. - Foto ihsan HUSIN SAABAN -

DIKENALI sebagai pelawak, tetapi siapa sangka pada era pandemik, Husin Saaban lebih menyerlah dalam bidang muzik dan penerbitan rancangan sehingga mampu merangkul anugerah festival.

Husin menyifatkan 2021 sebagai manis kerana dua perkara.

Pertama, semasa hari lahirnya yang ke-67, anak tunggal beliau, Raihan, memberikan hadiah berupa demo lagu lama beliau berjudul Anak Bosnia yang disusun semula muziknya oleh Ashidy Ridwan dan lagu itu kemudian dirakamkan semula sebagai 'single' dengan tajuk baru, Anak Dunia. Lagu itu dirakamkan bersama dua penyanyi masa kini, KamarXKazie dan Hyrie Ridwan.

"Saya sifatkan lagu ini sebagai satu khazanah... kenangan-kenangan buat pencinta seni. Jadi orang tak ingat saya hanya sebagai pelawak... sekurang-kurangnya ada juga buah tangan dalam bidang nyanyian yang memang saya minati," kata Husin.

Kemanisan kedua yang dikecapai ialah ketika beliau mendapat tempat kedua Pesta Filem Geylang Serai (GSFF) menerusi filem berjudul 242 Lorong Engku Aman, yang mana beliau menulis naskhahnya dan mengarahkannya sekali.

Filem itu adalah tentang bekas penduduk kejiranan itu, Joe, yang mengalami demensia.

"Saya bersyukur dengan projek ini, saya dapat kongsi rezeki dengan teman lain serta buka peluang buat karyawan kreatif seperti Yazri Malik yang buat video muzik MTV untuk bikin filem ringkas dan cipta runut bunyi buat filem saya," jelas Husin.

Untuk 2022, Husin berharap penularan Covid-19 semakin reda sehingga membolehkan beliau melakukan satu lagi aktiviti yang sangat beliau minati - memimpin rombongan pelancong Singapura bercuti keluar negara.

"Sangat rindu nak bawa rombongan pelancong makan angin ramai-ramai seperti sebelum Covid-19 dulu. Sambil melancong, saya juga boleh buat persembahan hiburan.

"Saya berharap para seniman akan dapat lebih banyak kelonggaran untuk membuat persembahan. Kita perlukan hiburan dan interaksi dengan orang ramai," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg