BAGAIKAN kembali ke zaman remaja yang sudah lama ditinggalkan, sebilangan wanita pertengahan usia antara 30-an dengan 50-an tahun kelihatan bersorak sambil memberi semangat buat 'boyband' kegemaran mereka, KRU, hujung minggu lalu.

Suara persis remaja belasan tahun kedengaran mendendangkan lagu 'hit' 1990-an dalam suasana meriah perhimpunan raksasa peminat KRU yang datang dari pelbagai negara Asia Tenggara, Dubai, Australia dan Eropah.