Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU

Konsert 'Raya Sepanjang Zaman' bawa penghibur beza generasi dalam satu pentas

May 18, 2023 | 05:30 AM



GABUNGAN yang menakjubkan!



Itulah yang boleh diungkapkan mengenai konsert Raya Sepanjang Zaman yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Antara penyanyi yang telah menjayakan konsert 'sold out' ini adalah biduanita setempat, Sanisah Huri, bersama penghibur popular era 70-an, Datuk Hail Amir, Ziana Zain dan pemenang kedua Gegar Vaganza musim ke-9, Bob Yusof.



Penulis berkesempatan menonton konsert selama dua jam anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang dipimpin pengarah muzik, Encik Ahmad Muriz Che Rose, dan diiringi 60 pemuzik hebat, yang membawakan alunan syahdu simfoni versi orkestra yang pastinya menggegarkan hati lebih 800 hadirin.



Penonton dihiburkan dengan 25 lagu Raya malar segar antaranya nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee, Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Sharifah Aini, Datuk DJ Dave, Datuk M. Nasir, serta lagu-lagu gubahan komposer tersohor, Allahyarham Kassim Masdor dan juga S. Atan.



Sanisah mendendangkan dua irama klasiknya, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri serta lagu Suasana Riang di Hari Raya nyanyian Junainah M. Amin di samping lagu 'medley'.



Mengulas tentang konsert ini, Ahmad Muriz berkata pihak MPO menampilkan empat penghibur dari generasi berbeza yang ternyata mempunyai keunikan vokal tersendiri.



Konsert ini merupakan kesinambungan dari kejayaan konsert Cahaya Aidilfitri yang telah dipersembahkan MPO dan DFP pada tahun lalu.



Konsert ini juga meraikan sambutan ulang tahun ke-25 tahun MPO sejak ditubuhkan pada 1998.



"Harapan kami, penonton yang telah hadir pada konsert ini, membawa pulang kenangan dan nostalgia indah, dan pihak MPO juga menyanjung tinggi seni lagu Melayu dan warisan kita," jelas Encik Ahmad Muriz.



Bagi Sanisah, undangan untuk menjayakan konsert ini bagai 'satu impian yang indah' namun perasaan gementar tetap menyelubungi dirinya.



Beliau tetap berbesar hati kerana meskipun sudah menjadi anak seni lebih lima dekad, namun ini merupakan konsert pertama beliau beraksi di pentas bersama orkestra yang besar.



Beliau menggayakan busana tradisional yang direka khas untuknya berwarna ungu serta bersongket merah dan mendapat sentuhan daripada jurusolek Singapura, Ash atau Muhd Ashik Omar dari AshClusive.



"Bagi saya, mendapat undangan untuk menjayakan konsert Raya Sepanjang Zaman dari MPO ini bak satu penghormatan yang sangat besar buat diri saya. Memang teruja!



"Berkongsi pentas bersama seniman Hail Amir, Ziana Zain dan Bob Yusof juga memberi saya satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat saya lupakan.



"Alhamdulillah, walaupun menyanyi bersama orkestra memang ada cabaran tersendiri, dan ini merupakan pengalaman pertama bagi saya, namun peminat tetap memberikan sokongan yang padu pada saya. Terima kasih juga pada peminat dari Singapura yang tetap turun ke Malaysia dan menonton konsert ini," ujar penyanyi yang kekal anggun dan jelita penuh kelembutan.



Antara penonton yang hadir termasuk tokoh seni tari Melayu dan pemenang Pingat Budaya, Cik Som Said dan suaminya.



Cik Som berkata: "Konsert Raya Sepanjang Zaman ini merupakan satu kolaborasi yang sangat mantap dan hebat. Kita telah dihiburkan dengan penyanyi-penyanyi yang terbaik dari era yang berlainan seperti Sanisah dan Ziana.



"Menyanyi bersama orkestra yang besar ini juga memberikan satu pengalaman yang unik dengan tenaga yang sangat berbeza. Penonton tentunya rasa terhibur dengan persembahan ini."



Turut hadir menyaksikan konsert gah ini adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >