Koronavirus: StereoFest dianjak, pembeli boleh mohon wang kembali
Premium
Koronavirus: StereoFest dianjak, pembeli boleh mohon wang kembali
Feb 10, 2020 | 6:22 PM
StereoFest mungkin akan ditangguhkan pada suku ketiga 2020 - antara Julai dengan September tahun ini. - Foto STEREOFEST/FACEBOOK -
PESTA muzik pop Melayu StereoFest, akan dianjak ke tarikh lain pada tahun ini selepas pemerintah meningkatkan risiko penularan koronavirus di sini, kata penganjurnya.
Jumaat lalu, Singapura meningkatkan penilaian risiko penularan koronavirus di bawah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) daripada kuning ke jingga, bagi memperketat pencegahan koronavirus itu menular tanpa terkawal di sini.

