Topik diikuti
Pergi ke BHkuKreativiti corak identiti muzik bintang muda M'sia, Aisha Retno
Premium
Kreativiti corak identiti muzik bintang muda M'sia, Aisha Retno
Kreativiti corak identiti muzik bintang muda M'sia, Aisha Retno
TIDAK PERLU TIRU ORANG: Aisha Retno tekankan ketulenan identiti diri dalam setiap karya yang dipaparkan meskipun sering merujuk kepada pendapat ibunya, Jean Retno, seorang penyanyi Indonesia, serta legenda lain. - Foto INSTAGRAM AISHA RETNO -
Sep 25, 2022 | 5:30 AM
DAYA kreativiti bintang muda dari Malaysia, Aisha Retno, memang tidak dapat disangkal apabila saban minggu beliau memukau perhatian dalam pertandingan Big Stage 4 di saluran Astro Ria awal tahun ini.
Aisha, 22 tahun, yang nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, berada di tempat ketiga peraduan di belakang dua rakan seninya, Elica Paujin, 22 tahun (juara), dan Danial Chuer, 21 tahun (naib juara).
