Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cabaran 2 IBU SELEBRITI

Kris Dayanti kongsi erti tanggungjawab, pengorbanan seorang ibu

Setiap ibu ingin anaknya berjaya dalam bidang yang dicintai lagi menjamin masa depan. Sempena Hari Ibu, dua ibu selebriti berkongsi dengan BERITA MINGGU perjalanan hidup sebagai ibu dan isteri yang menjadi perhatian ramai. Yang seorang sudah lama menyepikan diri daripada dunia hiburan dengan fokus tertumpu pada perniagaan restoran manakala seorang lagi masih aktif berseni sana-sini dan kini bergelar ahli politik dan wakil rakyat.
May 14, 2023 | 05:30 AM



NIKMAT bergelar seorang ibu cukup dirasakan diva Indonesia Kris Dayanti yang kekal merendah hati malah disanjung ramai kini sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang di Malang Raya.



Baginya, kesyukuran tidak terhingga menyelubungi jiwa apabila beliau diberi peluang kedua untuk mengasuh dua anak sendiri tatkala kehilangan dua anaknya Aurel Hermansyah dan Azriel Hermansyah selepas berpisah dengan penggubah lagu dan penyanyi Anang Hermansyah.



Kelahiran selang setahun Amora Lemos dan Kellen Lemos hasil perkongsian hidup dengan usahawan Timor Leste, Raul Lemos, menjadi penawar jiwa pelantun lagu Menghitung Hari ini.



Sempena Hari Ibu yang diraikan pada Ahad, Berita Minggu (BM) mendapatkan pandangan Kris, 48 tahun, mengenai pengalamannya sebagai ibu kepada empat cahaya mata.



Kebetulan juga, Aurel dan suaminya Atta Halilintar serta Amora akan menyanyi sama di pentas konsert anjuran Berkat Entertainment, Kris Dayanti MencintaimuMenampilkan Erwin Gutawa & Band yang akan berlangsung di Teater The Star mulai 8 malam pada 24 Mei ini.



Aurel pernah hadir di Esplanade bagi konsert ibunya sebelum ini yang berlangsung 14 tahun lalu.



Ketika ditemui BM di sidang media konsert ini yang berlangsung di Hotel Hilton Singapore Orchard, Kris terharu dapat membawa anak-anak perempuannya untuk bersamanya dalam acara yang meraikan tiga dekad kerjaya seni beliau.



"Saya anggap menjadi ibu itu adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diperlekeh. Kaum ibu mengalami satu peralihan fasa dan perjuangan antara hidup dengan mati ketika mengandung dan melahirkan.



"Kemudian, masuk pula fasa menyusukan bayi. Ibu melakukan hal yang baik-baik daripada memberi nama kepada anak kepada memberinya makan pakai dan pendidikan.



"Saya akur tugas ini perlu dikongsi bersama suami. Saya terbaca hanya di Jepun sahaja di mana wujud budaya di mana segalanya diusahakan si ibu sahaja,



"Tapi sebenarnya perlu ada kesepakatan suami isteri untuk menjalankan amanah ini bersama. Suami saya Raoul terpaksa berada di Timor Leste sewaktu pandemik tetapi beliau memberi saya kuasa mutlak untuk menentukan apa yang perlu dibuat bagi penuhi keperluan anak-anak," jelas Kris.



Cabaran yang dihadapinya adalah membahagikan masa antara urusan domestik dengan menyanyi dan menjadi wakil rakyat.



"Peranan ibu benar-benar mulia dan tiada batasannya. Kita tidak dibayar untuk jadi ibu. Ketika anak mula dewasa, kita dilihat ibarat span yang menyerap segalanya dalam hidup kita.



"Banyak hal kecil-kecilan kita ajar pada si anak...bagaimana nak salam dan hormat orang tua. Mereka juga perlu diberi tanggungjawab seperti menyusun sepatu di rak-rak dan mengatur serta menyimpan semula mainan selepas bermain.



"Semua ini perlu bagi mereka berdikari kelak. Sebagai pedoman, diharap kita dapat bertolak ansur terhadap anak," tambah Kris.



Bagi Kris, Tuhan telah mengabulkan doanya untuk merasakan nikmat hamil pada usia yang tidak lagi muda iaitu 38 dan 39 tahun kerana mengidamkan peluang mengasuh anak sendiri.



"Allah telah gantikan kehilangan saya. Di kala Aurel dan Azriel tiada di sisi, lahir pula Amora dan Kellen. Saya mungkin tidak dapat mendampingi Aurel ketika dia datang haid tetapi saya dapat menemani Amora.



"Saya dapat lalui fasa berbeza menjadi ibu...sekarang lebih moden. Dahulu tidak secanggih sekarang. Tidak perlu bertentang empat mata untuk berkomunikasi dengan anak.



"Boleh kirim pesanan WhatsApp atau buat panggilan video dengan sekejapan sahaja," kata Kris.



Mengenai didikan ibunya Cik Rachma Widadiningsih, Kris berkata mamanya sangat tradisional bentuk asuhannya dan cukup mendisiplinkan anak-anaknya.



"Orangnya keras dengan disiplin. Kita dipukul kalau tidak dengar kata. Tapi saya faham kerana pada waktu itu, beliau adalah ibu tunggal yang berjuang dengan bermacam kesukaran.



"Jadi akan ada hari-hari di mana puncak amarahnya sampai. Aurel pernah bertanya dengan saya mengapa dirinya paranoid setelah menjadi ibu? Sudah melaluinya sendiri barulah dia tahu amanah ibu bagaimana," kata Kris lagi. - HARYANI ISMAIL




► Tiket konsert antara $118 dengan $288 (pas VIP untuk bertemu Kris) boleh ditempah di talian, kaunter dan laman Sistic.




"Peranan ibu benar-benar mulia dan tiada batasannya. Kita tidak dibayar untuk jadi ibu. Ketika anak mula dewasa, kita dilihat ibarat span yang menyerap segalanya dalam hidup kita.
Banyak hal kecil-kecilan kita ajar pada si anak...bagaimana nak salam dan hormat orang tua. Mereka juga perlu diberi tanggungjawab seperti menyusun sepatu di rak-rak dan mengatur serta menyimpan semula mainan selepas bermain.
- Kris Dayanti seorang diva dan wakil rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >