Topic followed successfully
Go to BHkuKumar ucap 'Selamat Tinggal'
Premium
Kumar ucap 'Selamat Tinggal'
May 28, 2022 | 6:35 AM
Kumar ucap 'Selamat Tinggal'
BUKAN LAMBAIAN TERAKHIR: Kumar akan terus beraksi termasuk di beberapa lokasi luar negara seperti pementasan jelajah Malaysia. Ia termasuk ke Johor Bahru, Kota Kinabalu, Penang dan lain-lain. - Foto fail -
RAMAI warganet yang terkejut dan berasa sedih apabila melihat poster dan video yang mempromosikan pementasan Kumar Locks Down, kerana ramai menyangkakan pelawak kelahiran Singapura itu bakal bersara dari dunia komedi.
Sangkaan para penggemar ternyata meleset apabila Kumarason Chinnadurai atau lebih dikenali sebagai Kumar berkongsi bahawa pementasan yang berlangsung selama tiga minggu itu diadakan khas bagi membubuh titik noktah pada lawak jenakanya yang telah dipersembahkan berulang kali sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pelawak.

