Premium
Kumpul sniker perkasa ilmu niaga
Nov 13, 2016 | 5:30 AM
MISI SEMAI CINTA SNIKER: Pengumpul sniker edisi terhad dan eksklusif, Encik Jansher Abdullah Jauhar, bertekad menyemarakkan aktiviti bagi pencinta sniker dan pakaian siar atau streetwear di Singapura. Antara yang dilakukannya bagi perhimpunan pencinta sniker Sole Superior semalam ialah menghasilkan kemeja-T cenderahati. - Foto ZAINAL YAHYA -
ENAM tahun lalu, ibu dan dua kakaknya pernah dibelenggu kehairanan mengapa Encik Jansher Abdullah Jauhar begitu gemar mengumpul kasut sniker (sneakers) yang sesetengahnya mencecah ribuan dolar.
Bagaimanapun, Encik Jansher, 26 tahun, yang lebih dikenali sebagai Janz Abdullah dalam kalangan keluarga, teman terdekat dan masyarakat pengumpul sniker, menganggapnya sebagai satu pelaburan yang turut menambah kenalan dan memperkasa perniagaannya.

