Ada yang mudah mengungkap kata cinta dalam lagu. Ada pula makan masa menciptanya kerana kurang pengalaman jatuh hati. Apakah yang diusahakan dua juara peraduan realiti - Singapore Idol Musim 3 dan Suara 2.0 - dalam mencipta penawar buat pengamat muzik atasi gundah dan resah dalam tempoh pandemik? BERITA HARIAN melaporkan.

JUARA "Singapore Idol 2009" (Musim 3), Sezairi Sezali menganggap dirinya bukan pakar politik atau ahli ekonomi yang dapat memberi huraian atau usulan penggubalan dasar untuk orang ramai menemui penawar sewaktu pandemik.