Lagu-lagu berunsur kerohanian menjadi santapan rohani dalam masa manusia melalui detik-detik mencabar menghadapi pandemik Covid-19. Sementara lagu 'Aisyah Isteri Rasulullah' tiba-tiba menjadi fenomena sedangkan lagu itu sebenarnya dihasilkan tiga tahun lalu, muncul pula lagu 'Ya Rasulullah' yang menggandingkan legenda rok, Datuk Ramli Sarip dengan Sufi Jamal. BERITA MINGGU menjenguk trend lagu kerohanian yang sedang berlaku hari ini.

LIRIK adalah nyawa kepada sebuah lagu, begitulah yang pernah dikatakan penulis lirik Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq semasa hayatnya.