Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu kenang arwah ayah bawa anugerah buat Ashidy Ridwan

Ilham lagu spontan tercetus ketika usung jenazah ke kubur
Jul 06, 2023 | 03:34 PM



Sebak di dada penyanyi dan penggubah lagu Singapura, Ashidy Ridwan, mengenang inspirasi di sebalik lagu istimewa yang dihasilkan sebagai runut bunyi (OST) telefilem Hari Bapa, Air Mata Ayah.


Irama lagu Pelindungimu itu terhasil secara spontan sewaktu beliau mengusung jenazah arwah ayahnya lebih setahun yang lalu. Kata-kata yang ditulis sebagai lirik lagu ini dan bermain di mindanya pula terhasil di tanah perkuburan.


Lantaran itu, kelebihan lagu ini dalam perjalanan seni Ashidy, 32 tahun, memang tidak dapat dinafikan. Ia lebih-lebih lagi dirasakan tatkala lagu ini diumumkan sebagai Lagu Tema Terbaik di malam penghargaan karyawan kreatif sempena Pesta Perdana di Hotel JW Marriott Singapore South Beach baru-baru ini.

Anugerah yang diraih itu juga bermakna sebab beliau menerimanya sehari sebelum hari lahirnya. Pastinya ia hadiah hari lahir paling menggembirakan buat Ashidy.

Katanya yang memulakan kerjaya seninya pada usia muda belia:

“Sememangnya, lagu ini banyak keistimewaannya. Ia terhasil selepas bapa saya meninggal dunia. Kebetulan, syarikat penerbitan Poetry In Motion menugaskan saya bikin lagu tema untuk telefilem Hari Bapa, Air Mata Ayah.


“Saya tidak beritahu mereka lagu ini dibuat kerana mengenang pemergian ayah yang sangat saya sayangi.

“Saya perlu hayati konteks telefilem ini dan apakah yang cuba disampaikan. Ia jauh beza daripada saya hanya serahkan kepada syarikat penerbitan lagu yang sudah sedia tercipta dalam simpanan.”

Menurut Ashidy, mereka yang mendengar lagu ini dapat mengesan perubahan suaranya yang sebak.

“Ia datang semula jadi. Saya tak dapat mengawal emosi kerana teringat ayah yang sudah pergi,” kongsinya.

Tidak pernah beliau bayangkan akan timbul idea ketika hatinya diasak kesedihan. Perjalanan ke tanah perkuburan adalah memori yang terpahat dalam ingatan.

Apabila menghasilkan lagu ini, tiada sedikit pun timbul di hatinya untuk mempertandingkannya bagi sebarang peraduan. Ia hanya lagu yang mengisahkan pengorbanan dan jasa seorang ayah.

“Pasukan telefilem Air Mata Ayah kerja keras dan kami fokus nak buat yang terbaik untuk berkongsi perjalanan seorang ayah dalam membesarkan anak-anaknya. Justeru, kejayaan saya adalah kemenangan mereka dalam pasukan telefilem ini juga,” ujarnya.


Ashidy kini lebih memberi tumpuan kepada kerja seni yang dijana buat bakat baru di Singapura. Kehadirannya adalah untuk menggalak mereka terus berkarya dalam era baru.

Selain lagu Pelindungimu, satu lagi OST yang diciptanya iaitu Ternyata untuk drama Korban dicalonkan bagi kategori Lagu Tema Terbaik.


Bagi Ashidy, lagu OST yang berjaya adalah yang menyampaikan secara jelas maksud dalam telefilem berkenaan.

“Kita tidak boleh ikut selera kita. Kita nak tahu juga apa yang pihak penerbitan ingin tekankan dalam telefilem itu. Dari situ, kita akan usahakan sesuatu yang kena dengan jalan ceritanya agar penonton pun boleh berasakan apa yang kita ingin ketengahkan,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >